Wednesday, January 6, 2010

KEDAYAN SIPITANG DALAM UMNO DIJUAL

Berapa harga yang diletakkan terhadap kaum Kedayan dalam UMNO Sipitang? Kalau lelong mungkin kurang daripada RM1. Begitulah murahnya harga kaum Kedayan yang berjuang (kononnya ) dalam sebuah parti dominan di Malaysia, iaitu UMNO. Ramai pemimpin Kedayan dalam parti ini mungkin tidak dapat menerima hakikat bahawa mereka telah sebenarnya dijual seperti dalam wayang allahyarham Tan Sri P Ramlee Tiga Abdul.

Saya ingin mengajukan persoalan kepada semua pemimpin Kedayan dalam UMNO Sipitang terutama sekali dalam AJK Bahagian, baik pemuda, putera, wanita dan puteri, sejauhmana mereka akan pergi dalam parti ini, dan sejauhmana mereka boleh bertahan untuk mempertahankan jawatan mereka dalam parti diperingkat bahagian dan setakat mana mereka akan dapat dilanjutkan dalam cabang parti yang mencabar seperti dalam ajk bahagian.

Dalam situasi perebutan kuasa yang sentiasa sengit dalam UMNO berlandaskan peluang lain, seperti untuk menjadi calon dalam pilihanraya akan datang, peluang untuk mendapat habuan seperti 'projek' kerajaan dan sebagainya, adalah mustahil kaum Kedayan dalam UMNO dapat berdiri untuk menegakkan kaum Kedayan didaerah ini.

Apa sebenarnya yang berlaku dalam kaum Kedayan di Sipitang ini? Mengapa mereka terlalu murah harganya untuk dijual dan dikotak katikkan oleh orang lain. Siapakah 'the next on line' menjadi calon sama ada di N 27 atau P 178. yang jelas ia bukan daripada kaum Kedayan. Mengapa saya meramal demikian? Mungkinkah berlaku dan sejara akan tercatat bahawa wakil rakyat DUN Sindumin jadi 'the next CM? Perkara ini tidak mustahil berlaku, tetapi yang pasti ia BUKAN daripada kaum Kedayan atau lebih tepat lagi bukan YB Ahmad Hj Bujang! Tetapi ia adalah seekor ular sedang membesar menjadi seekor naga di alam UMNO Sipitang yang diasuh daripada cabang pemuda. Ia akan sedia membaham siapa jua yang berada didepannya ketika itu nanti, jadi bersedia!. Jika ini terjadi maka berlakulah sejarah dengan NYATA sekali seperti dalam cerita pak pandir "ayam menang tapi kampung tergadai". Jika teori ini benar, maka ini jelas bahawa kaum Kedayan telah menjual bangsa mereka dalam UMNO dengan murah sekali!

Ingin saya bertanya kepada semua pemimpin Kedayan di Sipitang yang setia dalam UMNO, dan berapa ramai daripada anda yang dipercayai oleh kepimpinan atasan UMNO peringkat negeri dan kebangsaan? Mungkin tidak ada langsung! yang ada hanya jadi pak turut dan saya amat pasti anda menjadi 'pengikong nganya dai balakang, bila dangan bakantut mancium haing kantut dangan nganya. Mungkin itu lah hasil pelaburan anda dalam UMNO? Pastinya anda dapat.

Saya akan terus bertanya peranan anda dalam politik bagi mengangkat bangsa Kedayan!

2 comments:

  1. Pengundi d Kawasan MP P.178 Sipitang terutamanya orang2 Kadayan adalah BODOH2 dan PALUI2 bah, Suku kami biarpun PERANTAU dan PENDATANG banyak yg sudah Kaya dari Bangsa Kadayan sendiri,Suku kaum Kadayan biarpun menjadi YB tetapi boleh d perbodoh-bodohkan oleh Suku kami....he he he

    ReplyDelete
  2. Suku KADAYAN d P.178 Sipitang memang sudah tantu d JUAL oleh YB P.178 Sipitang dengan AMAN dan MUDAH...Suku Kadayan ini adalah Species Suku yg boleh d BODOH2kan oleh orang JAWA yg bilangannya d Sipitang/Lumadan ini tidak sampaipun 100 orang. Lumadan pernah orag Jawa menjdai ADUN, D Sindumin orang Jawa 3 penggal menjadi ADUN dan Sekarang sudah menjadi MP P.178 Sipitang dan KB Umno...D mana orang KADAYAN,BISAYA dan BRUNEI? Memang padan muka orang2 Kadayan,Bisaya dan Brunei d perbodoh bodohkan oleh YB sendiri.....Sampai Kapan anda mahu d perbodoh-bodohkan?

    ReplyDelete