Wednesday, September 30, 2009

SIKAP AUTOKRASI PEMIMPIN MIC

Mantan PM Tun Dr Mahathir talah melemparkan komen sinistik terhadap Presiden MIC Datuk Seri Sammy Vellu, kerana keenganan pemimpin yang masih mahu belum berundur daripada kerusi presiden parti yang dipimpinnya. Semasa kongres parti berkenaan bulan lalu Dr M telah menjadi sasaran perwakilan parti berkenaan kerana menganggap mantan perdana menteri berkenaan tidak melakukan apa-apa semasa berkuasa dan dalam ucapan wakil parti berkenaan kasut patut digantung digambar mantan pm berkenaan. Pun begitu Sammy segera mengambil tindakan menggantung perwakilan daripada parti berkenaan.

Dr Mahathir sekali lagi secara sinikal mencadangkan supaya Sammy mengambil cuti 20 tahun, kerana pada pandangan beliau Sammy akan menjadi liabiliti kepada BN. Rentetan daripada itu, sebuah parti berasaskan kaum India muncul iaitu Makkal Sakhti. Sebelum ini telah ada IPF serpihan MIC, PPP dominan kaum India dan KIMMA juga berangan-angan untuk bergiat sebagai parti politik.

Seperti biasa, MIC akan menjadi penghalang terbesar kepada mana-mana parti yang diasaskan oleh kaum india untuk memasuki kelab eksekutif BN. Maka bertempiaranlah para personaliti india yang mahu bergiat dalam politik kepada parti pembangkang seperti DAP dan PKR selain IPF.

Penubuhan Makkal Sakhti telah ditentang oleh pemuda MIC. Lalu kemana orang india magu pergi bergiat dalam politik jika dalam MIC semuanya orang presiden semuanya dan segala suara terpaksa mengikut telunjuk presiden?

Lebih banyak parti kaum India adalah lebih baik sebagai protes kepada presiden yang tidak mahu memberi peluang kepada orang lain dalam berpolitik.

Fikirkan lah Mr Sammy

Tuesday, September 29, 2009

Ramai Wakil Rakyat BerOtak Beku

YAB Dato Seri Najib Tun Abd Razak, Perdana Menteri Malaysia telah mengagaskan 1Malaysia dengan bermotokan " Rakyat didahulukan dan Pencapaian diutamakan" ekoran daripada itu kalangan wakil-wakil rakyat terutama sekali daripada kalangan BN telah menjadi burung tiong atau dalam bahasa yang lebih ringan sebagai "postman" sahaja, dengan melaung-laungkan melodi yang sama tanpa dapat memberi buah fikiran yang bernas dan idea-idea baru bagi merangsang rakyat untuk bergerak maju demi menjana pembangunan negara.

Kalau sebelum dipilih sebagai wakil rakyat, apabila ditanya oleh wartawan apakan visi dan misi mereka, segera mereka menjawab membantu rakyat dan membangunkan kawasanmasing-masing. Sebenarnya tanpa wakil rakyat pun kawasan masih boleh membangun kerana yang membuat kerja adalah kakitangan awam.

Ramai wakil-wakil rakyat kini hanya sebagai 'rubber stamp' atau 'postman' bergambar menyampaikan bantuan kepada rakyat semata-mata untuk 'glamour'. Padahal bantuan yang diberikan adalah wang rakyat dan bukan daripada poket dan dompet wakil rakyat.

Senario yang semakin popular masa kini adalah membuat rumah terbuka dengan memanggil semua penyokong memeriahkan rumah terbuka termasuk mengundang para artis tempatan. Kaya sangatkan wakil rakyat terutama dari BN kini sanggup membelanjakan wang semata-mata kerana rumah terbuka. Darimana datang nya punca kewangan berkenaan.

Sehingga kini, selepas PRU12 masih lagi banyak kawasan-kawasan yang 'status quo' kecuali menjalankan projek-projek terbengkalai sejak sebelum pilihanraya lalu. Apakah status KPI mengenai pencapaian mereka.

Selamat Hari Raya YB

Wednesday, September 23, 2009


Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Dan Batin kepada semua pembaca dan rakan bloggers

Tuesday, September 22, 2009

Gelaran Datuk Yang Dibeli dan Status Dr Yang Palsu

Gelaran Datuk ekspres (Dipetik daripada Utusan Malaysia)

KUALA LUMPUR 22 Sept. – Jabatan Peguam Negara diminta memutuskan sama ada ‘pembelian’ gelaran seperti Datuk dari luar negara atau ijazah doktor falsafah (PhD) ‘secara ekspres’ merupakan perbuatan jenayah atau sebaliknya.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, kegiatan membeli gelaran sosial semakin serius dan jika tidak ditangani, akan melahirkan satu generasi ‘ilmuwan palsu’.

Menurutnya, agensi kerajaan yang berkenaan perlu menilai dan merumuskan juga kaedah untuk menghalang perbuatan membeli gelaran sosial yang semakin menjadi-jadi.

Beliau memberitahu, pihak-pihak yang menggunakan gelaran palsu berkenaan harus disiasat dengan segera kerana mereka boleh ditafsir melakukan satu bentuk penipuan kepada masyarakat.

Tambahnya, perbuatan membeli gelaran sosial di negara ini sudah di tahap yang agak keterlaluan dan menjadikan budaya menipu di tahap paling tinggi serta memudaratkan masyarakat.

“Ada pemimpin muda memiliki ijazah PhD belian dan tidak diiktiraf, ini sangat serius, saya cadangkan mereka disiasat, perbuatan ini disifatkan menipu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, baru-baru ini.

Malah, Rais berkata, sesetengah ahli masyarakat yang berstatus pemimpin juga dikesan membeli ‘PhD ekspres’.

Katanya, selain PhD, gelaran sosial lain seperti Datuk dan Datuk Seri boleh dibeli dari luar dengan mudah.

“Cuma Tan Sri yang belum ‘dikilangkan’ lagi,” katanya.

Kata beliau, budaya membeli gelaran sosial sudah berlarutan hampir satu dekad dan pembelian dari luar adalah lanjutan daripada sikap menjual gelaran yang sama di dalam negara.

“Semasa di Jabatan Perdana Menteri dahulu saya pernah tegur beberapa negeri, apabila dikaitkan dengan kuasa-kuasa luar Malaysia, ini adalah lanjutan kepada amalan terdahulu,” katanya.

Jelasnya, ada individu yang boleh menjadi Datuk secara tiba-tiba atau umpama dalam sekelip mata.

“Dahulu gelaran istana diberikan kepada yang berjasa kepada raja dan negara, sekarang nilai-nilai itu sudah berubah menjadi nilai buruk, gelaran-gelaran penting menjadi bahan dagangan,” katanya.

Kata beliau, seorang yang membawa gelaran Dr. dalam namanya melalui Phd sepatutnya seorang yang berilmu dan membuat pencapaian tinggi.

“Kecuali undang-undang berkaitan menyamar dapat digunakan, maka perkara ini (pembelian gelaran sosial) memerlukan satu pendekatan drastik untuk ditangani,” katanya.

GELARAN DATUK/DATO dan Doktor Falsafah (Ph.D)

Mungkin ramai yang tidak menyedari gejala ini semakin berluluasa dan semakin serius. Perkara ini berlaku adalah semata-mata ingin menguasai dunia populariti khususnya bagi mereka yang ingin bergiat dalam badan-badan NGO termasuk politik.

Ada antara mereka sanggup membeli gelaran Datuk termasuk dari negara luar seperti Filipina (yang tidak ada nilai langsung) semata-mata ingin meningkatkan status mereka(konon) dimata masyarakat. Saya besetuju dengan UTUSAN MALAYSIA agar perkara ini dapat dikaji dari sudut jenayah. Daripada pemerhatian saya kalangan mereka yang galak membeli dan mengejar gelaran ini adalah mereka yang berkemampuan dari segi kewangan.

Bagi gelaran (Dr) palsu yang sering digunakan oleh kalangan individu tertentu, perkara ini dipandang serius kerana ia akan memberi gambaran buruk kepada negara khususnya apabila kalangan individu mempromosi diri mereka dengan status kedoktoran mereka.

Perlu diingat bahawa untuk memperolehi gelaran kedoktoran, seseorang perlu memerah otak tidak kurang daripada tiga tahun untuk melengkapkan thesis melalui penyelidikan. Alangkan malang sekali apabila kalangan mereka yang bersusah payah memerah otak, tapi ada pula kalangan bersenang lenang dengan mudah menggunakan ststus berkenaan.

Sudah sampai masanya kerajaan mengkaji keadaan in agar ststus Dr palsu ini dapat dibersihkan.

Dapatkah BN Kemukakan Calon Yang Bersih Ala Malaikat Di Bagan Pinang

Satu lagi pilihan raya kecil diadakan pasca PRU 12. Kali ini fokus akan berpindah ke Negeri Sembilan. Mantan PM Dr M berkata BN patut ketengahkan calon yang bersih daripada rasuah politik. Lihat laporan Bernama dalam Utusan Malaysia

Calon bersih politik wang penting untuk Bagan Pinang

22/09/2009 2:26pm

SEREMBAN 22 Sept. — Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, UMNO harus pilih calon yang bersih daripada gejala politik wang dan rasuah untuk pilihan raya kecil Bagan Pinang.

Beliau yakin UMNO boleh mendapat majoriti kuat pada pilihan raya kecil itu kerana kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut merupakan kubu kuat parti berkenaan.

Faktor calon yang bersih daripada gejala politik wang dan rasuah menjadi sangat penting di Bagan Pinang malah pada pilihan raya umum akan datang, katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis hari raya Aidilfitri di kediaman Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan di Rantau hari ini.

“Bagi saya, bukan sekadar tempat ini sahaja. Soal seluruh Malaysia, orang nak tahu samada kita serius atau pun tidak untuk membasmi gejala politik wang, rasuah dan sebagainya,” tambahnya.

Jika UMNO mengetengahkan calon yang tidak bersih, beliau berkata, parti itu mungkin menang di Bagan Pinang tetapi akan kalah di tempat lain.-Bernama

Masalahnya adakah seorang calon daripada BN yang bersih sedemikian ketika mana peringkat akar umbi pun sudah jadi peminta rasuah politik. Adakah calon yang diketengahkan nanti bersifat malaikat atau hanya sekadar guruh dilangit. Sama-sama kita tunggu dan lihat dan selepas itu keputusan bijak rakyat dalam menentukan undi mereka.

Monday, September 7, 2009

Mahu Popular Dan Jadi Hero Di Gelenggang Yang Salah

Saya bukan tidak simpati dengan keluarga mendiang Mariam yang meninggal dunia di Korea Selatan, yang dengar khabarnya akan dibantu oleh barisan Pemuda UMNO Johor. Persoalannya mengapa perlu membawa balik mayat mendiang ke Malaysia, beliau bukan beragama islam dan dalam erti kata lain mendiang telah murtad.

Saya kurang faham mengapa pemuda UMNO Johor sanggup melakukan perkara berkenaan tanpa memahami mana yang wajib dan mana yang haram. Namun apa yang saya faham adalah ia berkait rapat dengan tindakan mahu popular dan mau jadi hero kampung.

Sebenarnya tidak ada faedahnya langsung membawa balik mayat mendiang, yang terang-terang telah murtad, malah mahu dikebumikan dalam upacara Kristian. Bayangkan apa akan berlaku sekiranya tindakan itu kelak membawa persengketaan yang tidak undang, bukan sahaja kepada rakyat malah akan mengakibatkan campurtangan pihak luar.

Kepada pihak yang berkenaan, ikutlah nasihat penasihat agama dato Nooh gadut.

Kepada pihak terlibat, jika nak jadi hero pun cari lah tempat yang sesuai.