Wednesday, January 20, 2010

TIGA KAUM AKAN MAJU DI SIPITANG

Sipitang seperti juga daerah lain adalah sebuah daerah yang mempunyai komposisi pelbagai etnik seperti Kedayan, Brunei, Murut, Lundayeh, Lunbawang, Murut Tagal, Kadazan/Dusun, Bisaya dan kaum Cina. Sebagai tambahan etnik berkenaan ditambah lagi dengan tiga etnik pendatang lain iaitu Jawa dan Bugis dari Indonesia dan Suluk/Bajau dari Filipina.
Sejarah kedatangan tiga etnik ini mempunyai sebab tersendiri, dan kini tiga etnik ini telah menjadi sebahagian daripada senario sosio ekonomi dan politik di Sabah. Sebagai contoh, keturunan kaum Jawa telah menguasai politik di Sipitang bersama-sama dengan kaum Bugis dan kaum Suluk/Bajau dari Filipina.
Jangan terkejut jika suatu hari nanti, suku Kedayan dan Brunei akan terpinggir dari senario politik dan ekonomi termasuk pendidikan dan hala tuju dan ketuanan di Sipitang akan mengukuh dikuasai oleh kaum ini.
Secara beransur-ansur mereka mengukuh bermula daripada menapak beberapa belas tahun lalu, kini mereka menguasai ekonomi di pelbagai bidang, termasuk pendidikan dan perkhidmatan awam.
Satu lagi kaum yang sedang menuju dan akan menempa kejayaan dalam pelbagai bidang adalah kaum Lundayeh. Mereka telah bangkit daripada kesusahan masa lampau dan anak-anak mereka kini telah mengorak langkah kedepan dan mencatatkan kejayaan dalam pendidikan dan peperiksaan sejak beberapa tahun lalu.
Bagi keum Kedayan dan Brunei, mereka masih lagi terkial-kial menuju arah dan mata mereka masih lagi ibarat anak kucing yang baru lahir tertutup rapat. Oleh itu bangsa lain telah jauh berlari mereka masih lagi menutup mata, jadi bila mereka akan sama-sama berlari seiring dalam kemajuan?
Para pemimpin Kedayan dalam UMNO adalah kalangan yang tidak ada pendidikan, dan sangat tidak boleh diharap, sering dipergunakan untuk keuntungan orang lain. jadi apa akan jadi kepada bangsa Kedayan khususnya?

2 comments:

  1. Siapa yg harus d PERSALAHkan d dalam 'HAL' ini? Jabatan Bomba atau Pejabat Tanah? Siapa yg MENGELUARkan MYKAD MALAYSIA kepada PTI ini? Jawabannya adalah Pemimpin Umno/BN itu sendiri...Siapakah Pemimpin JAWA d Sipitang dan Lumadan? Siapa yg MENGANGKAT mereka? Apa kah yg PEMIMPIN ini telah LAKUkan untuk Kawasan mereka? Apa PENINGGALAN yg d BANGGAkan oleh Pemimpin JAWA ini kepada Rakyat d Sipitang? D mana orag Kadayan,Bisaya dan Brunei pergi???....Siapa yg BODOH? Banyak persoalannya....Jawaban yg NYATA adalah 1 KEBODOHAN bukannya 1MALAYSIA...

    ReplyDelete
  2. Maaf sekalinya bisa bersuara, Saya tdk merasakan ada kaum atau Ras Suku yg bisa maju d Daerah anda, selagi YB P.178 Sipitang masih mempunya Minda d tekuk lama. Saya selaku pemerhati Politik d negeri Sabah merasakan selagi Attitude Pemimpin yg bergelar YB tidak membuka Minda selagi itu Kawasan yg d WAKILInya akan MUDUR dan jauh ketinggalan oleh Kawasan2 lain d negeri ini....Seharusnya YB yg berfikiran dan bersifat seperti ini sudah tidak UJUD dan D UJUDkan d Zaman Alaf ini.Kerana YB seperti ini bisa saja membuang MASA RAKYAT yg begitu BERHARGA utk membangunkan Kawasan mereka.Seandainya dia tidak MENYANGGUPI menjadi YB silakan BERIKAN "LALUAN" kepada Pemimpin lain yg lebih berkemampuan BERFIKIR dan MEMBANGUN Rakyat dan Pengundai.....Saya Mohon Kepada yg Ampunya Blog ini memeparkan tulisan saya ini untuk RENUNGAN Rakyat/Pengundi MP P.178 Sipitang. Supaya Rakyat/Pengundi tidak "TERTIPU" dengan Janji MANIS dan PALSU oleh Pemimpin yg PURA2 BERTANGGUNG JAWAB kepada rakyat Kawasan P.178 SIpitang....!!!

    ReplyDelete