Wednesday, April 22, 2009

MENELITI KEBURUKAN UMNO KINI

Jangan salah anggap. Saya tidak memusuhi UMNO, namun tidak juga terlibat dengan UMNO untuk menyukainya seratus peratus. Mengapa rakyat mula berubah angin kepada parti serpihan berbanding sebelum tahun 1990an.

Berikut adalah alasan-alasan yang perlu kita fikir dan bermuhasabah.

1. Pemimpin UMNO rakus berkuasa daripada peringkat cawangan hingga kepada bahagian dan pusat.

2. Lihat kekayaan para pemimpin mereka dari peringkat cawangan hingga ke pusat.

3. Meminta layanan dan sanjungan berlebihan daripaa rakyat, jika berbakti tidak ikhlas contohnya jika melawat orang sakit mesti bawa juru kamera, jika beri bantuan mesti masuk akhbar, sedangkan bantuan itu bukan wang YB tetapi wang rakyat-Lu fikir lah sendiri

4. Anak beranak, ipar duai, anak menantu, besan semua memegang jawatan dan membolot peluang. Rakyat menderita kering gigi. Lihat semua ini dimana yang tidak ada berlaku. Institusi politik dijadikan jawatan keturunan, macam sistem beraja mutlak. Rakyat bosan melihat ini.

5. Semua peluang ekonomi dibolot mengikut jawatan antara kawan, rakan, anak, menantu san sebagainya.

6. Ada sesetengahnya, bapa menteri, atau ketua menteri menantu juga ada jawatan timbalan menteri, dan tak cukup dengan itu anak telah siap mengambil alih jawatan sebagai ketua pemuda, rakyat nak cakap apa.. lu pikir lah sendiri

Rakyat tengah memerhati tegah tunggu nak rebahkan pemerintah jenis ini.

BN dibawah era N (RAHMAN)

Telah lengkap RAHMAN apabila DS Najib mengambil alih kepimpinan UMNO. Maka pelbagai teori atau andaian pula selepas ini akan dibuat atau diramal. Natijahnya DSN membawa dan mengemudi negara dalam suasana yang cukup mencabar sama ada dalam negara sendiri dan suasana ekonomi dunia yang berhadapan dengan situasi ekonomi paling buruk sejak perang dunia kedua.

Dalam negara semua maklum bahawa terlalu banyak politiking berlaku sama ada dalam parti komponen sendiri termasuk UMNO dan tidak juga dilupa bahawa BN berhadapan cabaran getir daripada PR. Pilihanraya kecil ke satu lagi pilihanraya kecil menampakkan bahawa BN berhadapan dengan sokongan rakyat yang semakin berkurangan. Buktinya kesemua pilihanraya kecil baik kerusi parlimen atau kerusi negeri PR menyapu habis kecuali di Sarawak pembangkang hanyut di Batang Air (Batang Ai). Yang lain termasuk di kuala, di bukit habis dikuasai oleh PR.

Dalam kemungkinan pertembungan BN-PR adalah di Pulau Pinang. Namun awal-awal lagi BN semacam mengaku kalah kepada kekuatan PR. Kalau dalam pilihanraya lalu BN bersemangat untuk menawan dan seumpamanya, kini sedikit berbeza apabila membayangkan akan memberi kemenangan percuma kepada PR - tak perlulah pelbagai alasan diberikan, yang nyata bayang kekalahan BN amat nyata.

Semua ini adalah kerana kesilapan yang ditimbun daripada bilangan tahun berkuasa. Nyata rakyat telah mula memberi respons dan isyarat kepada pemimpin BN bahawa rakyat tanpa mengira asal usul telah cuba memberi pengajaran kepada BN dan pemimpinnya. Sedihnya dalam UMNO sendiri masih ramai kalangan ketua bahagian yang telah dibuang oleh rakyat jelata tetapi masih disayangi oleh pemimpin dek kerana pandai membodek. Tetapi harus juga bersyukur ada kalangan mereka dibuang oleh mahkamah. Ini bukti bahawa mereka adalah pemimpin yang rakus.

Saya percaya ramai di kalangan pemimpin BN khususnya UMNO sendiri terdiri daripada bekas-bekas pegawai kerajaan termasuk golongan pendidik menjadi ketua bahagian, ahli parlimen, menteri, timbalan menteri dan sebagainya. Tetapi, kebolehan mereka memimpin rakyat, iltizam mereka memajukan rakyat amat miskin. Pencapaian pendidikan dan keputusan pemeriksaan anak-anak bangsa di kawasan mereka amat buruk, apakah mereka tidak lagi kenal dengan rakan sejawat mereka dan menggunakan pengaruh dan kepimpinan mereka untuk kebaikan anak bangsa di kawasan mereka.

Kini BN dan lebih tepat lagi UMNO adalah ibarat sebuah kapal yang belayar ditengah lautan dan terumbang ambing kerana majoriti anak kapal nya mempunyai kepentingan sendiri. Silap perkiraan akan tenggelam bersama sejarah. Siapa yang silap jika itu berlaku....kita sendiri orang melayu.