Thursday, January 7, 2010

JABATAN AIR SIPITANG -PERKHIDMATAN PALING BURUK

Jabatan Air adalah sebuah agensi kerajaan negeri yang bertanggungjawab memberi perkhidmatan dalam membekalkan air kepada rakyat. Sebagai agensi yang bertanggungjawab, seharusnya perkhidmatan yang terbaik diberikan selaras dengan kehendak visi dan misi yang ditetapkan.

Bagi daerah Sipitang, belakan air yang diberikan umpama kapal selam, atau iklan biskut roti yang poplar suatu masa dahulu, iaitu sekejap ada, sekejap tiada. Bagaimana jabatan ini melaksanakan tanggungjawab utama kepada masyarakat, apabila perkhidmatan utama ini pun tidak dapat dipenuhi,. Apa masalah yang dihadapi oleh jabatan ini, sama ada sikap manusia, iaitu kakitangan jabatan berkenaan tidak melaksanakan tanggungjawab dengan sepenuhnya, atau kegagalan pihak pengurusan melaksanakan tanggungjawab dalam menyelia dan mentadbir jabatan.

Kepada pemimpin rakyat di Sipitang tolonglah rakyat di daerah ini, keran air adalah punca segala aktiviti kehidupan.

1 comment:

  1. Jabatan Air Sipitang ini memang dari Zaman berzaman sudah keadaannya sedemikian. Kakitnagan JA ini tidak ada Inisiatif langsung untuk menaikkan KUALITI kerja Jabatan ini.JA ini pekerjanya adalah 99.99% orang Sipitang sendiri, Jika Sudah ternampak akan Kelemahannya Kakitangan d JA ini, D Minta Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah membuat PENUKARAN Staff keseluruh Sabah, Supaya Kakitangan JA Sabah lebih BERKUALITI dan mempunyai Daya kerja yang Bagus...

    ReplyDelete