Tuesday, January 5, 2010

POLITIK PERIBADI ATAU PERPECAHAN POLITIK

Persatuan Kedayan Sabah yang ditubuhkan sejak lewat 1970an telah acap kali bertukar pemimpin namun keberkesanan persatuan masih lagi ditakuk lama, tulisan saya sebelum ini, saya membuka ruang kepada para pemimpin dalam masyarakat ini untuk tampil dan menyelamatkan persatuan demi kepentingan ahli dan msayarakat Kedayan sendiri.

Saya berharap, dalam waktu terdekat persatuan ini akan mendapat nafas baru dan boleh hidup seperti biasa dan menjalankan aktiviti yang akan dapat memberi manfaat kepada ahli dan masyarakat Kedayan amnya. Walaupun begitu, saya masih samar sama ada pemimpin Kedayan bersedia memberi 'pertolongan cemas' kepada persatuan yang sedang 'nazak' ini untuk diberikan pertolongan.

Memang tidak dapat dinafikan, aktiviti dalam berpersatuan , tidak terkecuali Persatuan Kedayan Sabah, adalah sebahagian daripada politik tetapi apa yang penting jangan sampai politik membawa kepada perpecahan dan mengakibatkan kerugian kepada semua pihak. Yang lebih malang adalah apabila pemimpin politik kepartian telah dibawa masuk bersama politik peribadi kedalam aktiviti berpersatuan.

Dalam hal ini, para politikus Kedayan sepatutnya tahu memisahkan dan membezakan antara perkara profesional dan perkara personal. Yang malangnya sejak sekian lama, masyarakat ini masih gagal memahani antara keduanya, baik pemimpin politik mahupun pemimpin persatuan. Sebaliknya apa yang terus berlaku adalah, fahaman politik kepartian dibawa bersekali kedalam persatuan, perkara ini membawa kerugian dan bibit perprcahan dan kehancuran kepada persatuan secara menyeluruh.

Apa yang seharusnya dilakukan adalah, semua pihak termasuk golongan profesional ahli politik dan pegawai kerajaan yang berwibawa bergabung dan berpimpin tangan dalam memainkan peranan untuk menghidupkan persatuan demi untuk survival bangsa Kedayan.

Sampai bilakah suasana ini akan kita lihat dapat dilakukan dalam masyarakat Kedayan?

1 comment:

  1. Salam saudara Farith,

    Maaflah baru saja terjumpa blog saudara, jadi komen ini agak lewat saudara dapati.

    Rasanya tulisan saudara merupakan satu saranan positif untuk memajukan persatuan kedayan.

    Di sini juga saya mengambil kesempatan ini untuk membetulkan fakta mengenai persatuan Kedayan Sabah.

    Persatuan pertama bernama SEDAYA ditubuhkan pada 1984dan diterajui oleh pemimpin-pemimpin hebat kedayan, diantaranya ialah Datuk Dr Hj Yusuf Hj Yaccob. Tetapi SEDAYA ini telah berkubur kalau tidak silap sekitar tahun 1993-1994.

    Persatuan Kedayan Sabah sekarang (KEDAYAN) merupakan persatuan baru, tetapi diambil alih oleh barisan kepemimpinan kedayan yang tidak kurang hebatnya mulai tahun 2001 hinggalah sekarang.

    Sedikit cerita lanjutan boleh saudara baca di laman web saya http://arimisideks.blogspot.com/2010/02/persatuan-kedayan-sabah-saya-tiada-apa.html

    Saudara juga boleh menghubungi saya sekiranya terdapat keperluan untuk bertukar-tukar fikiran, terima kasih - Arimi Sidek.

    ReplyDelete