Sunday, March 29, 2009

Politik Malaysia Pasca Pemilihan UMNO 2009

UMNO baru sahaja selesai membuat pemilihan MT dan seperti dijangka tidak banyak kejutan berlaku sebaliknya yang hak menang dengan selesa. Syabas dan tahniah kepada semua calon yang menang dan yang kalah akur dengan kehendak rakyat yang telah menolak mereka. Ini hanya sebahagian daripada isyarat bahawa rakyat telah menolak mereka iaitu ahli UMNO tetapi banyak lagi rakyat jalanan yang telah lama membuang mereka. Apapun tahniah kepada Khairi Jamaluddin (KJ) calon favourite saya kerana bertarung dengan hanya membawa kewibawaan diri sendiri, berbanding dengan calon lain yang mempunyai brand dan nama keluarga tertentu. Saya doakan KJ akan terus maju dalam berpolitik. Mudah-mudahan suatu hari nanti akan menjawat jawatan lebih tinggi dan penting dalam parti dan kerajaan.

Sebagai peminat dan penganilisis politik saya sempat juga memerhati gelagat ahali-ahli politik yang telah usang. Semasa dalam jawatan penting sebelum dikalahkan bukan main punya manis berkata supaya selepas pertandingan dengan berpesan kepada yang kalah jangan masam muka. Namun sebaliknya yang telah berlaku dan ditakdirkan yang berkata kalah dalam pemilihan yang berlaku dan apa yang terjadi orang yang berkata pula telah menghilangkan diri seolah-olah terkejut beruk dan terus menghilangkan diri sepanjang persidangan berlangsung. Maka ternyatalah bahawa lain dibibir lain di hati. Macam mana dengan pemimpin yang telah antik ini?

Sebaik pemilihan UMNO terdapat tiga pilihanraya kecil serentak.