Saturday, February 21, 2009

Sudah agak lama juga saya tidak menulis dalam blog saya ini. Rasanya menjangkau tiga minggu. Sebenarnya saya membiarkan suasana berlalu sambil memerhatikan situasi politik kepartian yang sedang hangat masa kini. Namun dalam masa tiga minggu ini terlalu banyak perkara berlaku yang melibatkan politik, orang politik dan kesan politik.

Suasana politik dalaman UMNO kini semakin panas, sama ada ada calon bertanding untuk mengisi kekosongan atau mencuba nasib bagi jawatan baru ( naik status dalam parti) maka ramai mengambil tindakan sama ada dengan cara mengambil kesempatan untuk meraik simpati atau demi kepentingan bangsa, hanya individu yang terlibat tahu.

Situasi di Perak menyamai dituasi di Sabah dibawah PBS suatu ketika dahulu, bezanya di Perak kerajaan telah dibentuk hampir setahun manakala di Sabah beberapa bulan sahaja. Apapun itulah politik. Menurut ahli sains politik, politik adalah berkaitan dengan mencari kuasa atau "POWER CRAZY".

Jika dilihat daripada situasi politik hari ini, mungkin benar apa yang disebut diatas. Lihat saja di Perak. Secara tiba-tiba BN menubuhkan kerajaan. Speaker pula halang MB dan exconya daripada turut bersidang di dewan undangan negeri. MB dari PR pula enggan mengalah malah masih menjalankan tugas di kediaman rasmi menteri besar.Di Kedah adun PKR meletak jawatan kerana masalah moral, di Selangor MB digesa letak jawatan kerana disyaki menyalah guna kuasa. Adun Bukit lanjan Eliz Wong pula terpaksa meletakkan jawatan sebagai exco dan adun kerana diasak dengan keras oleh isu moral. Semua ini adalah berpaksi kepada satu iaitu mahukan kuasa oleh satu pihak dan biasanya pihak yang telah lama berkuasa tiba-tiba kehilangan kuasa berkenaan, akan berusaha dengan apa cara sekalipun untuk menafikan pihak lain termasuk soal-soal yang tidak beretika - etika politik.

Ada pihak sanggup melakukan sesuatu dengan bermodalkan mempertahankan kuasa raja-raja Melayu. Berarak dan melakukannya tanpa permit polis? Tapi beruntungnya tidak ada dakwaan dibuat, tetapi jika pihak lain melakukannya itu akan menjadi lain pula ceritanya.

Apapun itu adalah senario orang politik yang mahukan kuasa untuk memerintah. Jika di Amerika orang kalah dalam politik duduk diam, buat kerja lain termasuk jadi tukang sapu? Tapi di negara ini kalah nak lawan lagi sampai rakyat jadi keliru. Gajah berjuang semut mati dipijak. Tak ada perasaan lain ker ...nak cari jalan bagaimana memajukan negara dan mengatasi masalah pengganguran dan kemelesetan ekonomi.

Kepada orang politik mereka hanya tahu bercakap biarpun kadang-kadang rakyat melah meluat dengan tindak tanduk mereka yang macam orang kurang siuman. Lihat saja gelagat mereka semasa membahaskan sesuatu isu di dewan rakyat...

Rakyat merupakan kuasa pemutus..jangan pilih orang politik semacam ini.