Saturday, November 28, 2009

KEPUTUSAN UPSR 2009

Sekali lagi keputusan UPSR menjadi tajuk beberapa akhbar utama di seluruh negara ada sesetangah berita melaporkan kejayaan anak pemandu lori, peniaga pasar malam, nelayan dan petani mendapat 5A. Namun apa pula pencapaian anak Kedayan? Dari Kampung Bukau hingga ke Kampung Lubang Buaya, berapa ramai kalangan mereka mendapat keputusan sedemikian? Tidak kah ini mendatangkan kegelisahan kepada para bijak pandai dan pemimpin Kedayan yang hanya sekelumit kesedaran mereka. Dalam sudut 'Bah Komin Tia' blog ini ada sesetengah "Kedayan" nampaknya tidak bersetuju dengan pendekatan yang saya gunakan dengan mencabar masyarakat Kedayan.

Mulai sekarang, cubalah anda berlapang dada membuka minda seluas-luasnya lihatlah di sekeliling kita, ke mana sebenarnya suku Kedayan ini? Orang lain telah jauh menapak, kita masih di situ. Masalahnya punca kuasa dan kuasa politik di tangan orang lain. Kedayan tetap jadi bangku, tempat orang duduk. Cuma berguna semasa pilihanraya, selepas itu, orang Kedayan hanya akan jadi alat dan terus jadi alat.

Kepada masyarakat Kedayan, orang Kedayan, dan sesiapa juga yang mengaku sebagai Kedayan, Insaflah, Sedarlah. Jangan tunggu sampai nasi sudah menjadi basi ( bangas) baru menyesal.

SELAMAT HARI RAYA EIDUL ADHA

Kepada semua bloggers dan pelawat MK diucapkan selamat Hari Raya Eidul Adha. Semoga semangat korban yang disyariatkan dapat difahami untuk jalan kemajuan diri, keluarga, bangsa dan agama. Insyaallah.

Friday, November 13, 2009

JIWA BESAR VS JIWA KECIL

Mungkin ramai yang telah marah kesan daripada tulisan saya yang mengaitkan suku Kedayan dengan hamba. Tetapi itu adalah yang tertera dalam Kamus Dewan edisi ketiga. Sepatutnya ada pembetulan dibuat oleh kalangan akademisian kedayan, pertubuhan atau persatuan masyarakat ini. Ini adalah kerana dalam Hikayat Hang Tuah, tidak ada sebutan hamba sebaliknya menyebut raja berangkat dengan kedayan-kedayannya. Ini bermaksud pembantu, pengiring atau pemgikut raja berkenaan. Ada juga disebut bahawa orang kedayan itu rajin bercucuk taman dan bertani.

Jadi apa yang difahami, jika masyarakat Kedayan yang mengikuti raja rajin bercucuk tanam , mereka bukan hamba sebaliknya adalah pengikut atau rakyat kepada raja yang berangkat ke negara Brunei. Itu adalah kefahaman yang dapat kita simpulkan.

Barangkali ini adalah antara beberapa sebab mengapa sesetengah suku ini segan untuk mengaku mereka suku Kedayan, apatah lagi jika mereka telah menjadi pegwai tinggi atau pemimpin. Ditambah pula jika mereka diasuh dan dibesarkandan dibudayakan oleh suku lain. Mereka lebih bangga mengaku sebagai dari suku yang membesarkan mereka.

Jika perkara ini berlaku adalah malang kepada kaum ini kerana bukan sahaja mereka akan menjadi rendah diri tetapi menjadi stigma sepanjang hayat. Adalah lebih baik sekiranya ada tindaka pembetulan fakta dibuat oleh kaum ini bagi membetulkan keadaan. Perkara ini perlu kerana sepanjang sejarah moden terutama sekali setelah kedatangan British tidak ada penghambaan berlaku di nusantara apatah lagi di negara Brunei yang mengamalkan agama islam.

Oleh itu adalah perlu masyarakat Kedayan berjiwa besar dan membangunkan masyarakat sesuai dengan keadaan semasa.

Soalan saya .sampai bila kita harus menunggu?

Thursday, November 12, 2009

ENCALYPTO KEDAYAN

Agak pelik bunyi tajuk diatas. Semasa saya menghadiri satu mesyuarat besar tiga penjuru organisasi saya di W.P Labuan beberapa bulan lalu, saya menginap di hotel Dorcet salah sebuah hotel terkemuka di pulau berkenaan. Saya membawa bersama anak dan isteri saya serta seorang anak buah menginap di hotel berkenaan. Tujuan saya membawa mereka adalah bagi memberi peluang kepada mereka untuk membuka mata dan minda selain makan angin walaupun ditempat sendiri.

Saya tidak mahu bercerita mengenai pengalaman bermesyuarat atau pengalaman makan angin, tetapi apa yang saya hendak paparkan adalah tajuk sebuah filem yang dimainkan dalam HBO semasa di hotel berkenaan.

ENCALYPTO kalau tak silap saya tajuk filem berkenaan. Filem ini mengisahkan masyarakat pribumi (Indian) di Amerika Latin yang berpecah bergaduh dan berbunuhan sesama sendiri yang akhirnya dengan mudah ditakluk oleh kuasa luar khususnya Spain, bermula dari saat pergaduhan sesama sendiri, ada pula puak di kalangan Indian tadi menangkap dan menjual masyarakatnya untuk dijadikan hamba, termasuk wanita dan kanak-kanak.

Cerita atau kisah dalam filem ini sesungguhnya mengajar dan memberi keinsafan kepada saya bagaimana masyarakat saya diperlakukan. Jika kita terus menerus bercakaran, masyarakat kita akan terhakis di kampung halaman sendiri. Kita lihat di Sipitang ini telah tertulis macam-macam mengenai bangsa tertentu di kenderaan mewah antaranya "LEGEND OF BU***" Itu adalah salah satu daripada petanda Kedayan semakin mengecil. Bidang perusahaan, pertanian, pedidikan jauh sekali perniagaan dan perkilangan memang bukan milik kita.....Jadi kemana kita??????? Kemana masyarakat Kedayan? Dalam bidang pekerjaan? Orang Kedayan tidak ramai yang menjadi ketua jabatan, maksud saya yang boleh membuat keputusan atau decision maker.. kalau setakat kerani ..mungkin ramai, tapi bagaimana hendak membantu bangsa sendiri jika diri sendiri juga minta dibantu? Sila lah beri jawapan!

TERIMA KASIH PENZIARAH

Daripada bilangan penziarah yang direkodkan masih ada juga kalangan yang berminat membaca tulisan-tulisan saya meskipun ia mengenai kaum Kedayan. Saya kurang pasti adakah mereka ini terdiri dariapada masyarakat Kedayan di daerah ini sendiri atau mungkin daripada masyarakat Kedayan dari luar Sabah khususnya Brunei dan Sarawak atau W.P Labuan.

Walau apapun, terima kasih diucapkan kerana mengunjungi blog 'Mindakedayan' yang diwujudkan bagi memberi ruang masyarakat Kedayan menilai diri.

Teruskan forum dan komen anda mengenai masyarakat ini. Terima kasih.

Tuesday, November 10, 2009

Lakukan survey segera

Saya harap ada pihak yang berwibawa dari kalangan orang Kedayan melakukan survey pencapaian mahupun tahap keterbelakangan orang Kedayan.

Setakat ini tidak ada satu survey dilakukan bagi mengetahui tahap kemiskinan isi rumah, pencapaian pendidikan, bilangan keluarga berjaya melangkah ke institusi pengajian tinggi terutama sekali dari masyarakat kampung yang bekerja sebagai nelayan dan petani mahupun peniaga kecil, tetapi bukan daripada kalangan pegawai kerajaan.

Jika pegawai kerajaan diambil kira ia akan bias kerana mereka mempunyai pendapatan tetap. Dalam pada itu bilangan pegawai berjawatan profesional juga perlu diketahui supaya kita dapat jumlah dan taburan mereka mengikut jabatan dan daerah.

bila agaknya kita dapat mengetahui maklumat sedemikian.

IMPIAN, HASRAT, DAN KEINGINAN SAYA

Setiap orang mempunyai impian, hasrat dan keinginan. Dalam hal ini saya juga tidak terkecuali, meskipun saya bukan seorang pemimpin yang mempunyai kuasa dan pengikut. Yang ada pada saya hanyalah sedikit bakat dan kebolehan bagi membantu bangsa saya supaya bangsa saya setanding dengan bangsa lain, yang telah lebih lama mendahului kita dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan, perniagaan, perkhidmatan awam dan sebagainya.

Apabila kita mempunyai kekuatan dalam aspek-aspek diatas, kita boleh memainkan peranan aktif dan membantu anak bangsa kita supaya dapat menikmati apa yang disediakan oleh pihak kerajaan. Setakat ini, kalangan bangsa Kedayan yang berjaya dalam pelbagai bidang boleh dikira dengan jari, walaupun kejayaan itu mempunyai makna yang luas. Namun kita juga perlu memperluaskan kemahiran anak bangsa kita supaya kita tidak terus ketinggalan.

Kesedaran harus dipupuk dan dijana supaya kita sentiasa peka dengan kehendak persekitaran dan menyesuaikan diri dengan segala perubahan. Motivasi yang berterusan harus terus menerus diberikan kepada anak-anak dari peringkat awal persekolahan supaya mereka dapat terus bersaing bermula dari dalam bilik darjah hatta ke peringkat nasional.

Apa yang membimbangkan saya adalah ketidak upayaan anak-anak kaum ini untuk persaing lebih jauh,ramai ibu bapa tidak memperdulikan perkembangan pelajaran anak-anak, malah tidak ada satu perancangan oleh komuniti ini baik secara bersendirian mahupun kolektif memastikan kemajuan bangsa.

Saya sungguh tertarik dengan tindakan sebuah sekolah rendah di daerah Sipitang yang berhasrat melahirkan 2 graduan dalam satu keluarga yang diilhamkan oleh guru besar sekolah berkenaan hanya dengan bermula daripada penghayatan sebuah ceramah yang disampaikan oleh bekas penuntut sekolah berkenaan.

Dengan kesedaran demikian, sekurang-kurangnya telah ada kesedaran di pihak sekolah. Namun pihak sekolah tidak boleh hasrat berkenaan dibiarkan sahaja dalam bentuk dokumen, sebaliknya ada pengisian yang berterusan selain 'follow up' dan 'follow through' dari semasa ke semasa. Penilaian harus dibuat secara berkala bagi mengikuti perkembangan dan pencapaian penuntut.

Masalahnya bagaimana dengan sekolah lain dari Kg Bukau ke Sindumin yang majoritinya adalah suku Kedayan. Apakah pimpinan politik hanya memandang perkara ini sebelah mata, kerana takut kedudukan akan tergugat apabila terlalu ramai lahir para graduan nanti.? JIka perkara sedemikian tidak diambil ia sama seperti menanam sepohon pokok yang dibiarkan tanpa dijaga, yang akhirnya pokok akan terus ketinggalan kerana dimakan dedalu dan kahirnya mati atau tidak kemana.

Saya amat sedih apabila melihat suku Kedayan amat jauh tertinggal berbanding dengan suku kaum lain seperti Brunei, Bisaya, Bajau, hatta suku Lundaye. Suku Kedayan tidak lagi melahirkan tokoh-tokoh dari bidang perubatan, ahli akademik, pemikir dan sebagainya. Seperti yang saya kata tadi jika ada pun hanya dua tiga kerat dan lebih malang sekali golongan ini tidak mahu menyumbang balik kepada masyarakat kelahiran mereka. Mereka seperti enau, mereka seperti kacang, apatah lagi sesudah mereka bergelar pegawai tinggi kerajaan. Balik ke kampung mesti disanjung seperti YB pada hal mereka adalah produk masyarakat Kedayan dan mereka harus kembali menyumbang bakti kepada masyarakat. Sekurang-kurangnya menjadi 'role model' kepada masyarakat mereka.

Saya ingin benar melihat satu seminar secara holistik diadakan bagi mencari jalan dan memikir dan menilai dimana dan kemana kedudukan suku Kedayan ini berada sekarang dan pada dekad-dekad yang mendatang. Bagi mencapai hasrat ini, panggil lah walau hanya seorang yang berjawatan kerani jika itu lah jawatan yang tertinggi dipegang oleh seorang Kedayan dalam kerajaan.

Para ahli politik yang masih ada kuasa, bantulah masyarakat kamu supaya kaum ini dapat berdiri dengan megah disuatu hari nanti. Kepada mereka yang telah bergelar jutawan sumbanglah sedikit kekayaan anda bagi membantu saudara anda, bagi kalangan pemikir jika ada..rancanglah apa yang perlu dan dapat difikirkan untuk kebaikan bersama.

Itu adalah hasrat, impian dan cita-cita saya.

Monday, November 9, 2009

Hentikan pembohongan melalui penulisan blog - KP Penyiaran

09/11/2009 4:07pm (UM)

KUALA LUMPUR 9 Nov. — Penulis-penulis blog dinasihati supaya menghentikan pembohongan dalam penulisan mereka, terutama berkaitan isu sosial dan politik kerana ia boleh mencetuskan kontroversi dan reputasi buruk terhadap kerajaan.

Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahya berkata, sebaliknya mereka perlu memainkan peranan sebagai perantara dalam mengetengahkan sesuatu isu kepada masyarakat.

Beliau yang juga seorang penulis blog berkata, ada antara blogger yang menulis perkara-perkara mengarut yang jelas lari daripada fakta sebenar di samping menggembar-gemburkan isu yang tidak benar.

"Memang sukar untuk menjelaskan sejauh mana kebenaran penulisan blog kerana penulisnya sentiasa berselindung di sebalik nama pena,” katanya dalam sesi dialog bertajuk “Blog: Satu Pembohongan atau Realiti” di sini hari ini.

Katanya, walaupun penulis blog mempunyai kebebasan menulis, namun hasil yang positif daripada penulisan mereka adalah perkara utama yang perlu diambil kira selain sensitiviti pelbagai kaum. - Bernama

Komen Saya

Bagaimana pula pembohongan yang berlaku oleh orang politik?


UMNO SIPITANG DAN HALA TUJU MAJORITI

Suku Kedayan merupakan penghuni majoriti di kawasan parlimen P. 178 Sipitang. Apabila kita bercakap mengenai soal majoriti, seharusnya majoriti dapat menentukan hala tuju bangsa demi kebaikan dan survival bangsa itu. Pihak yang majoriti juga sepatutnya dapat menonjolkan perkara-perkara positif, bukan sebaliknya. Walau bagaimanapun, apabila berlaku kepimpinan bukan daripada bangsa sendiri maka akan berlaku banyak kepincangan dalam komuniti, kerana kebiasaan dalam naluri manusia akan mendahulukan suku sendiri berbanding suku lain. Lantas itulah apa yang berlaku dengan suku Kedayan di P 178 Sipitang.

Saya berani berkata demikian dengan beberapa alasan, antaranya:-

1. Suku Kedayan adalah paling mundur dalam pendidikan jika didibandingkan dengan jumlah mereka yang ramai.
2. Masalah sosial yang berlaku di kalangan suku Kedayan juga membimbangkan terutama sekali yang melibatkan penggangguran, dadah, minum arak dan sebagainya.

Saya sempat melihat paparan blog Pemuda UMNO Sipitang dan salah satu perkara yang menjadi agenda adalah isu pendidikan. Walau bagaimanapun daripada apa yang saya lihat tidak ada perancangan strategik, pendekatan dan hala tuju yang jelas. Apa yang berlaku hanyalah satu kenyataan yang kosong dan retorik. Perkara ini tidak menghairankan kerana daripada barisan exco pemuda yang ada didapati tidak ada daripada kalangan ini berkelulusan dan berpengalaman dalam pendidikan apatah lagi mengenai analisis data, statistik, analisis jurang dan perancangan strategik. Dengan demikian ia tidak akan kemana sebaliknya sekadar 'statements'. Dengan hanya menjadikan sekolah S.K Pekan Sipitang sebagai anak angkat pergerakan berkenaan bukan cara yang betul dan tidak cukup sama sekali. Soalnya mengapa sekolah berkenaan dipilih? Cara ini lebih kepada serkap jarang dan hampir mencari populariti semata-mata, lebih tepat mengabui mata rakyat. Bukankah sekolah pedalaman dimana para murid yang tidak mendapat kemudahan secukupnya lebih berhak mendapat pembelaan. Ini , bagi saya adalah kecacatan pemuda UMNO Sipitang yang rabun mengenai pendidikan.

Dimana kebijaksanaan dan langkah berani pemuda? Adakah hanya sebab sekolah berkenaan adalah bekas sekolah awal kepada isteri tokoh tententu dalam politik negeri Sabah. Tepuk tanya selera.

Dalam pada itu, dimana nama-nama besar daripada suku Kedayan dalam UMNO Sipitang. Adakah mereka mengharapkan orang lain memperjuangkan nasib bangsa mereka? Ahli parlimen berjuang untuk semua orang, namun tidak dinafikan mendahulukan nasib bangsanya sendiri juga kelihatan.

Saya kira sudah sampai masa dan ketikanya pemimpin yang dipilih adalah daripada kalangan anak tempatan yang tulin dengan lebih tepat tinggal di kawasan parlimen atau DUN berkenaan, dan bukan tinggal di Kota Kinabalu yang hanya datang seminggu sekali bersama rakyat.

Kita mahukan perubahan bukan sahaja dari segi fizikal tetapi pembangunan yang menyeluruh termasuk mental, rohaniah, pendidikan dan sosial.

Mudah-mudahan kita dapat menikmatinya apabila pemimpin makan dengan rakyat, tidur dengan rakyat dan bersekutu dengan rakyat.

Democracy is by the people = Democracy is buy the people
For The people = Fool the people
Of The people = Off the people

Barangkali ini lah yang berlaku dalam UMNO........termasuk di Sipitang

Sunday, November 8, 2009

KEDAYAN HANYA LAYAK JADI PENGIKUT

Bayangkan apa akan berlaku kepada masyarakat ini dalam survival politik di kawasan Parlimen P178 Sipitang yang meliputi dua kawasan DUN iaitu N27 Lumadan dan N28 Sindumin. Daripada barisan kepimpinan yang ada, tidak ada potensi muka daripada suku kaum Kedayan yang berkaliber bagi jawatan utama untuk masa ini.

Jika ini berlaku adalah dipercayai, diyakini dalam PRU akan datang tidak ada seorang pun wakil daripada masyarakat Kedayan dalam politik di P178. Gambaran ini dapat dilihat daripada senario seperti berikut:-

Parlimen P178 memang bukan dipegang oleh suku Kedayan kecuali semasa Dr Yusop Hj Yacob sebelum PRU 12. Dalam masa yang sama, sebelum PRU 12 DUN 27 adalah Surinam manakala N28 Sapawi yang kedua-duanya daripada etnik Jawa. Selepas PRU12, parlimen dipegang oleh Sapawi dari etnik Jawa manakala DUN 27 oleh Kamarlin dari etnik Bisaya. Hanya mengharapkan Ahmad Bujang jika beliau dapat dikekalkan mewakili Kedayan, tetapi situasi agak genting kerana anak harimau semakin membesar dan ditakuti apabila membesar akan membaham tuan.Orang Kedayan boleh bayangkan perumpamaan saya ini.

Ketua Pemuda UMNO adalah diketuai oleh anak Musa Aman dan tidak mustahil bapa mencalonkan anak dalam PRU akan datang khususnya DUN 28. Jika ini berlaku Kedayan gigit jari. Sekadar jadi pengikut dan dan dikotak-katikkan akhirnya Kedayan akan berputih mata. Puteri UMNO.......juga bukan daripada etnik Kedayan jika ditakdirkan cijadikan calon dalam DUN menggantikan Kamarlin, kerna tidak juga mustahil kerna puteri sudah semakin berkembang kerna baunya telah menyelinap ke pusat. Putera.....juga bukan daripada suku Kedayan kerna Japar Japaf adalah dari suku BUGIS walaupun mungkin boleh bercakap dalam loghat Kedayan. Dimana kita boleh banggakan kawasan Sipitang Kedayan sebagai majoriti?

Yang paling beruntung adalah etnik Bisaya kerana mereka tidak akan kerugian sebab mempunyai TIGA wakil sebagai Janang Gayuh sama ada di parlimen atau di DUN, iaitu Azizah, Lajim dan Kamarlin malah di Parlimen Beaufort barisan kepimpinan dari atas kebawah semuanya indah tersusun daripada suku sakat Janang Gayuh berbanding Sipitang yang kelamkabut (puhar) . Kedayan?

Oleh itu kita sekali lagi melihat Kedayan akan dinafikan kedudukan mereka. Kedayan tidak mempunyai tempat dalam pentadbiran negeri, jauh sekali di peringkat persekutuan. Maka kembalilah kaum ku ini menjadi PAK TURUT dan ORANG SURUHAN. Benarkah seperti dalam teori bahawa asal HAMBA akan sentiasa jadi HAMBA.

Para pendekar, dukun pawang dan apa saja panggilan yang dikira boleh berfikir demi kebaikan KEDAYAN sedarlah,.... kerana main (pantak) tiup-tiup sudah tidak berkesan. Sekarang orang bercakap mengenai keilmuan dan politik kelas atasan, gap analisis, perancangan strategik dan menggunakan analisis yang empirikal. Cuba Fikir....adakah kita hanya bangga dengan main gasing? buah durian, langsat dan sebagainya, selama ini Kedayan telah digula-gula manakala pantat dicucuk duri?