Monday, January 18, 2010

POLITIK,SAINS POLITIK DAN FALSAFAH POLITIK

Terima kasih kepada para pengunjung blog ini khususnya keatas komen-komen yang dilontarkan, sama ada komen yang menyokong atau menyanggah tulisan saya, mengenai politik tempatan khususnya politik orang Kedayan di P178 Sipitang. Ada juga yang mengkritik masyarakat Kedayan, pemimpin pilitik di P178 dan tidak kurang juga yang menghentam saya sebagai 'whistle blower' mengenai politik masyarakat Kedayan.
Mungkin saya hanya berpolitik secara tidak langsung, oleh itu saya beranalogi antara pemandu bas dengan penumpang bas. Pemandu bas akan membawa bas dan penumpangnya, tetapi tidak boleh banyak bercakap, kerana jika banyak bercakap nescaya bas akan masuk ke gaung, sebaliknya sebagai penumpang, saya boleh memerhati dan memberi teguran kepada pemandu bas jika dia berkelakuan kurang elok semasa memandu bas. Oleh sebab itu saya tidak melibatkan diri dalam politik kepartian tetapi menyokong dan mendokong politik yang berpaksi kepada kesejagatan dan kesejahteraan manusia, kerana saya berpegang kepada falsafah dan sains politik, terutama sekali yang bersangkutan dengan masyarakat ini!
Mungkin ramai yang kenal dengan politik, tetapi tidak mengkaji, membaca dan mengetahui apa itu politik, sains politik dan falsafah politik, malah pengamal politik atau politikus sendiri tidak pernah mahu membaca dan memahami apa lagi mengaplikasi falsafah politik yang positif.
Mungkin juga ada kalangan ahli politik termasuk yang berkuasa tidak dapat membezakan apa dia politik, sains politik dan falsafah politik. Jika kita tidak tahu perkara ini, sudah tentu kita mengamalkan politik 'BUTA', dan jika ini berlaku tidak syak bahawa kita akan menyimpang daripada pegangan dan politik yang beretika dan dan ini lah yang berlaku dalam politik yang diterajui UMNO dan BN.
Seorang pejuang politik terkenal yang mempelopori kepada politik dengan berpaksi kepada "non resistence" dan "non violence" pernah berkata " This world is enough for every body, but will not enough for ONE person who is greedy" - Mungkin anda semua tahu siapa yang berkata demikian. Pepatah orang India juga ada menyebut " Seorang pengutip madu sesekali akan menjilat tangannya yang mengumpul madu" Jadi itulah yang banyak berlaku dalam politik hari ini, apa lagi dalam UMNO dan BN dan ini yang berlaku dalam kalangan pemimpin dan yang pemimpin orang Kedayan!

1 comment:

  1. Saya tdk mempersoalkan Politik dan Pemandu Bas serta Pelancong itu, tetapi apa yg saya komen adalah, MINDA KADAYAN adalah MILIK anda dan TULISAN anda, Sedangkan komen saya ada lah LUAAHAN Pendangan saya...Kenapa takut untuk menyiarkan?....Sedangkan tulisan anda BERNAS tetapi takut mengeluarkan Komen Rakyat Sipitang demi untuk MEROBAH Kepimpinan yg ada....Bererti anda pemunya BLOG ini adalah PENGECUT dan MUNAFIK d dalam Ketogeri MANUSIA SEJAGAT HAMBA ALLAH....!!!

    ReplyDelete