Wednesday, June 1, 2011

PRU 13 DI AMBANG PINTU: MAMPU ATAU MAMPUS KAH UMNO KALI INI

Sesekali tinjau melalui jendela yang terbuka luas melihat hamparan sawah padi di negeri Jelapang Padi menziarah tanah kelahiran isteri dan keluarga mereka memberi kedamaian berbanding kehidupan kota yang hingar bingar dan hiruk pikuk bunyi kenderaan dan deruan pelbagai kenderaan menjalar di jalan raya. Ini tidak lagi termasuk pencemaran udara dan seumpamanya yang terpacul daripada kilang-kilang yang megah dengan tegaknya. Tetapi itu lah hakikat pembangunan yang negara telah lalui menerusi pasca kemerdekaan.

Kemajuan ini dicanang dengan sombongnya oleh sesetengah pihak bahawa merka adalah bapa kepada kerancakan pembangunan yang termaju ini. Memang tidak dinafikan bahawa ini adalah sebahagian daripada usaha oleh pemimpin, ahli perniagaan, pembuat dasar, pelaksana dasar hatta kakitangan awam dan rakyat marhain amnya. Tanpa kerjasama semua pihak tidak mungkin benda ini akan menjadi keyataan. Lantas adakah adil ada pihak yang berani mendabik dada mengatakan ini adalah hasil mereka secara bersendirian? Lihat Libya, Mesir dan beberapa negara lain apabila rakyat telah berpaling tadah dan menolak kerajaan kerana kezaliman oleh pemerintah dan menindas rakyat.

Lalu persoalannya adakah BN dan UMNO mampus? atau mampus? dalam PRU13 ini. Banyak persoalannya yang perlu dijawab oleh pihak pemerintah dan soalan oleh pembangkang yang tidak mampu dijawab dengan baik. Perkara ini tidak lagi termasuk kerja anai-anai yang turut memakan dari dalam mencederakan bahteran UMNO dan BN.

Persoalan yang rakyat perlu adili dalam PRU 13 antaranya:-

1. Harga barangan dan makanan asas yang meningkat secara mendadak .
2. Bekalan makanan kurang dipasaran seperti minyak beras bersubsidi
3.Harga gula yang melambung secara mendadak
4. Harga Petrol yang meningkat menyusahkan rakyat
5. Pengagihan kekayaan yang tidak samarata antara rakyat berpendapatan rendah dengan yang kaya.
6. Pemimpin lebih kerap membuang wang rakyat dengan melakukan lawatan ke luar engara
7. Kes Teoh Beng Hock yang tidak nampak penghujung untuk mencari kebenaran




Bangga dengan pembangunan belum pasti ada individu yang akan kekal berkuasa esok hari, khususnya selepas PRU 13 nanti. Apa akan terjadi hanya tuhan yang mengethui dan manusia hanya biasa meramal. Daripada senario yang didapati adalah dijangka PRU 13 tidak akan mencecah habis hujung tahun 2011. TAnda-tanda telah bisa kita saksikan seperti lawatan turun padang yang kian kerap oleh pemimpin politik negara, penangguhan kepada beberapa pemilihan parti-parti politik utama dan beberapa petanda lain yang boleh dikaitkan dengan ambang PRU 13.

Persoalannya, mampukan UMNO dan BN atau mampus kah UMNO dan BN. Jika melihat kepada kestabilan dacing, biasanya adakalanya akan senget apabila pemberatnya berkurangan dan ini akan melunsurkan isi yang ada.