Monday, October 19, 2009

JADI PAK KADUK MENANG SORAK NEGARA KITA GADAI

Kalau dalam cerita rakyat, Pak Kaduk bersabung ayam dengan raja dan dengan kepintaran raja juga Pak Kaduk telah menukar ayam sabungnya tanpa disedari olehnya. Meskipun Pak Kaduk terloncat sana sini kerana ayamnya menang tetapi hakikatnya beliau kalah.

Begitulah gambaran yang berlaku kepada bangsa, negara dan agama di bawah pimpinan UMNO kini. Kita menjuarai segala bidang tetapi setakat berbangga dengan pencapaian yang PALSU, sedangkan kejayaan sebenarnya adalah dinikmati orang lain.

UMNO Sipitang? Lihat saja kepimpinannya dari atas ramai dari asal pendatang penduduk asal hanya orang bawahan khususnya kaum Kedayan.UMNO kuat, tapi orang tempatan tergadai?????

Hidup UMNO..jual negara..

LEBIH DEMOKRATIK KAH UMNO SELEPAS PINDAAN PERLEMBAGAAN

UMNO mengambil tindakan berani dengan meminda beberapa fasal perlembagaan parti selaras dengan kehendak semasa. Namun dengan hanya pindaan pada perlembagaan akan lebih demokratik kah parti? Sedangkan ahli-ahli dan para pemegang jawatan dari peringkat cawangan keatas masih lagi dengan mentaliti, sikap dan prinsip yang sama.

Dalam rencana yang diterbitka dalam Utusan Malaysia seorang veteran UMNO menegaskan apakah parti ini masih boleh bertahan sehingga selepas PRU ke 13 nanti dimana rata-rata ahli yang disebut sebagai akar umbi liat untuk berubah. Jika akar tidak berubah bagaimana pokok boleh berubah. Mudah sahaja, pokok bukan menentukan akar tapi akar yang akan menentukan pokok, begitulah analogi mudahnya.

Saya percaya minda pemimpin pertengahan khususnya di bahagian masih tertutup dengan mentaliti lama dan dengan begitu ahli masih berada ditakuk lama. Dalam UMNO bukan perlembagaan yang patut dipinda tetapi sikap ahli teramai dan sebahagian pemimpin perlu ditukar.

Jika tidak, kita menunggu kubur untuk UMNO pada PRU 13 nanti. Kepada semua pemimpin dan ahli banyakkan lah bermuhsabah diri!.