Sunday, January 10, 2010

AHLI POLITIK VS PEMANDU AMBULAN SIAPA BOLEH DIPERCAYAI

Jika anda dipilih sebagai responden untuk satu tinjauan bagi memilih suatu kerjaya yang boleh dipercayai dan diharap apakah pilihan anda? Dalam suatu tinjauan beberapa tahun lalu di Amerika Syarikat yang dilakukan oleh sebuah badan dan mendapati responden telah memberikan jawapan yang amat menarik.

Berikut adalah dua kerjaya yang paling atas dan yang paling bawah menurut keputusan kajian yang dibuat berdasarkan kepada jawapan daripada responden.


Ahli Politik

Ahli politik adalah menerima jawapan paling bawah dan merupakan orang yang tidak boleh dipercayai berbanding lain-lain kerjaya.

Walaupun tinjauan dibuat adalah di Amerika Syarikat, namun amalan berpolitik antara Malaysia dan Amerika tidak banyak bezanya. Ini adalah kerana kedua-duanya ingin mencari, dan mengekalkan kuasa yang ada. Amat jarang ahli politik berpegang kepada etika politik malah mungkin ada antara mereka yang tidak pernah mengetahui buku-buku yang ditulis berkaitan etika politik. Bagi ahli politik negeri Sabah mungkin apatah lagi, apabila ramai kucing kurap terlibat dengan politik cari makan. Malah bagi golongan ini menceburi dalam parti politik adalah semata-mata mencari kedudukan dan mencari peluang untuk kekayaan, seperti kontrak, qouta, lesen, permit dan sebagainya untuk kekayaan, tapi bukan berpolitik untuk meningkatkan taraf hidup rakyat!.

Pemandu Ambulan

Kerjaya yang paling dipercayai pula menurut tinjauan ini adalah pemandu ambulan. Lihat betapa jauhnya beza keperayaan masyarakat antara ahli politik dengan pemandu ambulan. Sungguhpun kerjaya ini selalu dipandang rendah berbanding ahli politik, namun dalam segi lain ia amat mendapat kepercayaan oleh masyarakat. Jika tinjauan ini dilakukan di negeri Sabah atau di negara ini khususnya, mana kerjaya yang lebih anda percaya antara keduanya?

2 comments:

  1. Lihatlah kepimpinan Ahli Politik tersebut, Sama ada boleh d percayai ataupun tidak. Jika ahli Politik itu sudah berpuluh tahun menjadi ADUN/MP tetapi tidak dapat MERUBAH dan MEMBAWA Pembangunan d Kawasan Pilihanrayanya sendiri bererti yg paling BODOH dan BAHLOL disini adalah PENGUNDI/RAKYAT itu sendiri, yang PINTAR dan TIDAK TAHU MALU adalah YB tersebut. Contoh terdekat adalah YB MP P.178 Sipitang, Sudah menjadi YB ADUN N.28 Sindumin 3 Penggal (15 tahun) MP P.178 masuk 1 Penggal. Kredibiliti Manusia/Pemimpin seperti ini tidak boleh d PAKAI dan menjadi PEMIMPIN lagi.Tidak ada PEMBANGUNAN/KEMAJUAN yg dapat d bawa oleh YB ini. YB ini hanya menerima GAJI BUTA daripada Rakyat...Pemimpin/YB seperti ini jauh lebih baik PEMANDU AMBULAN dari dia....CAKAP TIDAK SERUPA BIKIN !!! Ingat Janji 100 hari dan SABAH BARU yag telah d luahkan dari mulut Pemimpin Umno/BN suatu hari dulu....Betulkah Rakyat d Malaysia Timur ini BOLEH D PERBODOH-BODOHkan selalu...???

    ReplyDelete
  2. Saya AMAT2 bersetuju TC d atas Tulisan yg anda tulis tu...Rakyat saja yg TERBODOH dan memang BODOH jika kita menilai apa yg berlaku selama 20 tahun ini...Yg muda bertambah matang yg tua bertambah tua mengikuti ARUS MASA berjalan, YB MP kita bertambah GAH dan KAYA RAYA. Apa yg boleh YB tu bawa ke Daerah Sipitang? Kalau Bukan Zaman Hj Ramli 2 (SFI)PBS dan Datuk Dr Hj Yusuf Hj Yakob Sipitang tidak ada LANGSUNG PEMBANGUNAN dan KEMAJUAN yg dapat d bangunkan oleh YB yang bernama SAPAWI HJ AHMAD (yg mengaku dia KETURUNAN orang JAWA)ini. YB ini benar2 MEMALUKAN Orang Kadayan dan orang Mesapol.....Bercakap saja dia pintar...

    ReplyDelete