Wednesday, December 30, 2009

ENAU DENGAN AUR

Pepatah Melayu ada berbunyi "Bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing", dan ada lagi satu pepatah yang berlawan dengan yang pertama tadi berbunyi " Bagai aur dengan tebing"

Kedua-dua pepatah Melayu diatas menggambarkan dua keadaan berbeza iaitu sifat individualistik dan sifat bekerjasama dan gotong royong dalam sesebuah masyarakat. Dalam mengambil analogi kedua-dua pepatah diatas, dalam masyarakat Kedayan di daerah Sipitang masa kini yang lebih condong seperti enau dalam belukar, dimana masyarakat Kedayan tidak lagi memperdulikan masyarakat mereka. Mungkin ramai yang berpendidikan, ada juga beberapa kerat yang telah berstatus jutawan, mungkin juga ada yang berjawatan tinggi dalam swasta dan kerajaan, tetapi mereka tidak membantu masyarakat mereka. Lalu terpaksalah orang Kedayan ini "MENDARAPA" meminta ehsan daripada kaum lain.
Dalam kalangan masyarakat Melayu yang terbilang dengan KUAT perasaan kekitaan mereka adalah orang Kelantan, dan anggapan ini ternyata benar sepanjang saya perah bergaul dengan kumpulan ini, sama ada di universiti atau di mana saja asalkan ada masyarakat atau orang Kelantan. Manakala di Sabah , mengikut pemerhatian saya kaum yang tinggi kekitaan dan 'sense of belonging' mereka adalah masyarakat Bajau Semporna. Mereka mengutamakan kaum mereka dalam apa keadaan sekalipun kepentingan, apa lagi jika berkaitan dengan peluang. Sebab kita lihat dalam mana-mana jabatan kerajaan, jika ada kaum ini, mereka akan membantu kaum mereka dan mendahulukan kaum mereka. Mereka seperti aur dengan tebing dan bukan seperti enau dalam belukar.
Manakala bagi kaum Kedayan pula sepanjang saya berurusan dengan kaum ini, jika ada kalangan mereka berjawatan tinggi, dan kita memohon pertolongan dan tunjuk ajar, mereka mengelak untuk membantu dan lebih suka menunjukkan keegoan mereka. Sebab itu kita tidak dapat melihat masyarakat ini dapat pergi jauh untuk 'major position' dalam kerajaan atau swasta. Memang ada tapi bilangan mereka kurang dari bilangan jari di tangan sebelah kanan!
Mungkin kaum Kedayan perlu belajar dan diajar tentang kepentingan bermasyarakat, oleh sebab itulah pada hari ini jarang kita lihat orang Kedayan khususnya dari Sipitang ada yang berjawatan tinggi gred 44 dan keatas di mana-mana jabatan kerajaan. Selagi sikap keegoan ini ada dalam diri mereka, mereka akan terus ketinggalan dan di tinggalkan. Cuba fikir!

No comments:

Post a Comment