Thursday, December 24, 2009

WALAUPUN KERDIL ADA JUGA YANG BERMINAT

Setelah lama saya tidak menjenguk blog ini kerana beranggapan tidak membawa makna kerana tidak ada apa-apa faedah kepada masyarakat saya, tetapi mungkin saya sedikit silap apabila ada juga komen-komen daripada pendekar-pendekar (konon)Kedayan yang datang berkunjung dan menghamburkan komen. Tetapi malangnya komen hanya kepada bulan dan bintang yang tinggi diawan dan sukar untuk dicapai.

Bagi grass root yang setara dengan tapak kaki kita tidak akan dapat memahami jika kita bercerita tentang cakrawala, namun walau apapun terima kasih kerana sudi membuat komen.
Sekiranya anda ingin membuat komen keatas tulisan dan komen kerdil saya, 'click' pada 'comment' dibawah rencana berkenaan dan tulis lah walau apapun, saya terima dengan hati terbuka dan berlapang dada, demi anak bangsa saya yang bernama KEDAYAN@ KADAYAN,
TERIMA KASIH

1 comment:

  1. Sdra Farith Ibrahim,

    Blog sdra dan sdra sendiri tidak kerdil. Sdra mempunyai ramai paadian yang sanggup berjuang mempertahankan bangsa Kadayan yang kita cintai. Kadayan generasi baru tidak berfikiran sempit seperti nama-nama yang tercatat di Chatter Box blog ini.

    Buat makluman Minang kemajuan sesuatu bangsa tidak diukur dari berapa ramai anak bangsa itu yang memiliki PhD atau Ijazah Doktor Perubatan, tetapi ia diukur berdasarkan tamadun bangsa tersebut. Hanya orang yang tidak beradap dan bertamadun sahaja yang yang suka mengeluarkan kata-kata seperti yang terdapat di Chatter Box.

    Saya minta Minang mengeluarkan statistik berapa ramai sukukaum beliau yang telah mendapat PhD dan Ijazah Doktor perubatan, supa kita boleh lihat kebenaran kata-kata beliau.

    Sdra Farith Ibrahim, sdra tidak kerdil dan blog sdra tidak kerdil. Berkunjunglah ke facebook Komuniti Kadayan Sejagat, Insya Allah sdra akan lihat berapa ramai bangsa Kadayan yang akan membantu sdra. Terima kasih.

    ReplyDelete