Friday, December 25, 2009

KEDAYAN TIDAK PERNAH BELAJAR DARI KESILAPAN

Saya amat sedih melihat suku ini dipermainkan dalam setiap sudut, ruang dan suasana. Mereka hanya dijadikan alat untuk menjulang golongan tertentu. Apakah mereka ini hanya layak untuk dijadikan tempat berpijak supaya orang lain dapat berdiri lebih tinggi.

Kaum lain telah jauh maju meninggalkan Kedayan dalam perbagai bidang, Kedayan? Saya percaya ramai juga orang Kedayan yang menjadi guru atau paling tinggi sebagai guru besar. Tetapi setakat guru besar apa faedahnya, kalau tidak tahu perancangan strategik atau pengurusan strategik.

Dengan mengaplikasi kedua-duanya sekurang-kurangnya Kedayan dapat melihat apa yang perlu dibuat mengikut keutamaan. Tapi maaf lah kerana orang Kedayan yang menghumi bumi SABAH ini memang ramai yang " ba alif ba lam ". Apa tidaknya kepimpinan politik pun mereka tidak dapat mencari seorang pemimpin mengetuai di p178 dari kaum sendiri, jadi bukan itu menunjukkan mereka sedemikian? Tunjukkan siapa dia mengetuai politik yang 'original' kedayan? tidak ada...ketua bahagian UMNO? Naib Ketua Bahagian? Ketua Pemuda?ketua Wanita?Ketua Putera? Ketua Puteri?

Ada kononnya golongan ini berpendidikan tinggi, dan berjawatan tinggi ijazah dan diploma menjalar jika disenaraikan, tetapi hanya setakat daftar dan senarai ijazah dan diploma. Praktikalnya dan kegunaanya ilmu yang disenaraikan dalam kelulusan banyak tetapi tindakan dan pendekatan digunakan lebih kurang macam budak cuci kereta. Itu lah Kedayan.

Ada pula yang lulus dengan LLB, tapi setakat jadi 'runner lawyers' saja.Maknanya mengurus tuntutan kemalangan jalanraya, menyediakan dokumen sewa beli, kalau ini kerja lawyers Kedayan lebih baik jadi 'petty writers' saja bawa satu meja kecil, kerusi plastik dan payung besar, duduk bawah pokok. Jika mereka ini hebat, mana kes-kes yang terkenal mereka bela, tetapi yang terkenal masih lagi Ansari Abdullah atau Sugumar, Kedayan cam atu tia nganya, kalau dikira dengan jari mungkin tidak kurang dari pada jari di tangan kanan yang berjawatan gred 44 keatas dalam pelbagai jabatan sama ada negeri mahupun persekutuan, yang berasal dari Sipitang dan Beaufort, apa lagi yang memiliki sarjana dan jauh sekali doktor falsafah PhD.

Jadi kepada Kedayan, bangunlah, bangkitlah kita telah jauh ditingggalkan.

1 comment:

  1. memang ramai kadayan yang berkebolehan, cuma kadayan ini tidak terlalu menonjol mcm suku-suku kaum lain. CUma kita hanya dikenali insan muslim, org islam.. yang rata rata mengatakan uang melayu lah tu. Tahu kan penulis, oang kadayan yang migang SU persekutuan Swak, Pegawai Pendidikan SWAk Half Kadayan, Di department saya, ada duaanak kadayan pure yang grade 48 keatas, senior ngineer lagi... malas kan nyabut byk lagi

    ReplyDelete