Friday, December 25, 2009

BAJET 2010 HAMPIR MUSNAHKAN BN

Sepanjang tahun 2009 banyak peristiwa yang menarik berlaku walaupun begitu bagi penganilisis politik domestik kejayaan wakil rakyat hampir-hampir menggagalkan undian bajet 2010 adalah petanda sikap, nilai dan kedangkalan tindakan mereka yang amat memalukan tetapi disanjung tinggi oleh pembangkang.

Kelebihan tiga undi semasa undian dibuat memberi gambaran 'law makers' BN seperti biasa ambil mudah semua perkara dengan alasan yang sangat artistik iaitu turun padang meninjau dan menemui penyokong di kawasan, satu alasanyang amat klasik. Tetapi lumrah manusia pembohongan itu akan terhambur juga akhirnya kerana biasa pada ahkir tahun ini para YB yang banyak wang akan bercuti ke luar negara malah ada yang pasang lagi satu atau buka cawangan baru. Dengan adanya cawangan baru peduli apa dengan dewan, lebih baik berseronok dan 'mencangkul' serta 'bercucuk tanam' di ladang baru kenikmatannya lebih.

PM diberitakan akan mengambil tindakan keatas YB ( Yang Bercuti, mungkin juga yang Berbini) ) BN yang gagal hadir semasa undian dibuat. Itu satu tindakan tidak perlu, yang perlu adalah 'wipe all them out' dalam PRU 13 nanti. Ketua' whip' BN juga jadi sasaran kritikan kerana gagal menjalankan tugas bagi memastikan kehadirn penuh wakil BN untuk undian bajet berkenaan.

Sebenarnya keadaan ini berlaku adalah atas beberapa sebab, antaranya wakil BN ini sesetengahnya adalah wakil rakyat yang telah lebih tiga penggal mewakili dewan (termasuk pernah jadi ADUN) sama ada menteri dan timbalan menteri, jadi ini memberi petunjuk bahawa mereka bekerja sambil lewa dan mereka hanya bekerja jika ada PM atau TPM dibelakang kedua ini mereka buat hal lain. Golongan ini mengikut Mc Gregor termasuk dalam kategori X dalam yakni yang perlu dimata-matai sentiasa, lebih kurang tidak jujur dalam bahasa yang lebih telus.

Kedua, mereka ini adalah orang-orang yang lebih mementingkan diri seperti bercuti keluar negara berseronok dengan 'ladang baru'. Jika hendak bercuti sekali pun dewan rakyat bukan bersidang sepanjang tahun, mengapa perlu hujung tahun di masa-masa kritikal pulak?

Ketiga mereka menunjukkan bahawa mereka adalah kalangan orang yang banyak wang, bayangkan bercuti keluar negara dengan satu kandang berapa kos yang perlu ditanggung dan wang yang akan dibelanjakan, rakyat dinasihati untuk berjimat, jadi mereka ini terlalu kaya, dan dari mana mereka dapat wang sebanyak itu? Tentu ada sumber yang pastinya bukan daripada elaun YB yang diterima tiap bulan kerana jika itu hanya setakat berapa duit sangat. Tetapi mengapa tidak ada siasatan dibuat.

Keempat, semua YB tidak menghormati ketua khususnya pengerusi BN iaitu PM. Sebelum bercuti tidak kah kelulusan perlu diperolehi daripada PM atau speaker dewan. Tahniah saya ucapkan kepada pembangkang yang begitu tekun menjalankan tugas meskipun yang lain lebih mementingkan diri. TAHNIAH mereka itulah YB yang sebenar.

No comments:

Post a Comment