Saturday, December 26, 2009

CERITA " ITU MASALAH MONYET"

Ramai yang mengutuk saya kerana saya mencabar dan membuat provokasi kepada orang Kedayan dek kerana kaum ini tertinggal jauh di belakang daripada pelbagai segi, seperti ekonomi, pendidikan, peluang pekerjaan, politik, pentadbiran dan bermacam-macam lagi bidang.

Kalau kaum Lundayeh atau Lunbawang mereka mempunyai pusat kebudayaan di Sipitang mengapa Kedayan tidak ada. Jika di pekan Sipitang ada Lansaran apa yang Kedayan boleh tonjolkan? Jika kaum Lundayeh ada wawasan mana wawasan Kedayan?

Saya mencabar Kedayan ini supaya mereka insaf dan terus berusaha. Dr Mahathir pernah bertindak membuat provokasi terhadap orang Melayu supaya Melayu sedar dan bermuhasabah diri supaya mereka memikir bagaimana mahu memajukan diri. Pernah suatu ketika Dr Mahathir menerbit kan buku " Dilema Melayu " dan buku berkenaan diharamkan di negara ini sehingga beliau menjadi PM baru larangan berkenaan ditarik balik.

Saya juga teringat nasionalis awal Melayu yang berketurunan Arab Munsyi Abdullah yang merantau keceruk rantau di Tanah Melayu dan menulis keburukan orang melayu dan pembesarnya. Beliau dikutuk dan dicerca. Tetapi apa yang penting bagi saya adalah pandangan ikhlas dua tokoh berkenaan. Demikian juga saya terhadap kaum Kedayan.

Saya tidak menghina bangsa ini, saya menginsafi kelemahan mereka, kedudukan mereka. Saya terpanggil kerana mereka ini majoriti di Sipitang, apatah lagi jika disebut majoriti mereka sepatutnya hero dalam semua bidang yang baik dan positif.

Saya juga teringat cerita ular buaya dan monyet di sebuah pulau kecil, Di pulau kecil ini ada sebatang pokok dan diatas pokok ada seekor ular sawa yang menghuni pokok berkenaan, manakala di air pula ada seekor buaya yang menghuni air berkenaan.

Sang monyet serba tak kena, mahu naik keatas pokok akan dimakan ular, mahu lari dari pulau berkenaan, sang buaya akan menjadikannya hidangan.

Jadi jika anda sebagai seorang pemerhati kepada keadaan berkenaan, apakah tindakan atau jawapan anda. Sudah tentu anda akan berkata itu masalah si monyet.

Tapi dalam hal masyarakat Kedayan kita tidak boleh mengatakan itu masalah Kedayan, tapi mungkin ada sesetengah orang akan berkata demikian. Mudah-mudahan dalam masa terdekat kita boleh menganjurkan forum bagi membuka jalan menilai kemana Kedayan ini perlu dibawa.

Bak kata pemimin Israel " jika negara Israel ini hancur dengan kutukan demi kutukan dunia maka kita sudah tidak ada di muka bumi ini, jadi biarkan mereka dengan tindakan mereka dan kita dengan tindakan kita" ini adalah kata-kata positif yang ada baiknya untuk difikirkan. Begitu juga saya, anda kutuk lah saya, anda sumpah lah saya, tetapi tujuan saya untuk kebaikan Kedayan, yang mengutuk saya, akan dapat bahagian di akhirat, kerana mereka tidak ikhlas, tetapi saya sungguh ikhlas. Saya mahu maju dan memajukan bangsa saya. Sehinggakan dalam sesetengah ceramah saya kepada kanak-kanak sekolah di semenanjung tidak ada bayaran dikenakan ini kerana saya orang kecil , semua kerana Allah dan kerana bangsa saya, bayaran saya akan diterima di akhirat nanti, itu pasti.

Sekian

No comments:

Post a Comment