Wednesday, December 30, 2009

ENAU DENGAN AUR

Pepatah Melayu ada berbunyi "Bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing", dan ada lagi satu pepatah yang berlawan dengan yang pertama tadi berbunyi " Bagai aur dengan tebing"

Kedua-dua pepatah Melayu diatas menggambarkan dua keadaan berbeza iaitu sifat individualistik dan sifat bekerjasama dan gotong royong dalam sesebuah masyarakat. Dalam mengambil analogi kedua-dua pepatah diatas, dalam masyarakat Kedayan di daerah Sipitang masa kini yang lebih condong seperti enau dalam belukar, dimana masyarakat Kedayan tidak lagi memperdulikan masyarakat mereka. Mungkin ramai yang berpendidikan, ada juga beberapa kerat yang telah berstatus jutawan, mungkin juga ada yang berjawatan tinggi dalam swasta dan kerajaan, tetapi mereka tidak membantu masyarakat mereka. Lalu terpaksalah orang Kedayan ini "MENDARAPA" meminta ehsan daripada kaum lain.
Dalam kalangan masyarakat Melayu yang terbilang dengan KUAT perasaan kekitaan mereka adalah orang Kelantan, dan anggapan ini ternyata benar sepanjang saya perah bergaul dengan kumpulan ini, sama ada di universiti atau di mana saja asalkan ada masyarakat atau orang Kelantan. Manakala di Sabah , mengikut pemerhatian saya kaum yang tinggi kekitaan dan 'sense of belonging' mereka adalah masyarakat Bajau Semporna. Mereka mengutamakan kaum mereka dalam apa keadaan sekalipun kepentingan, apa lagi jika berkaitan dengan peluang. Sebab kita lihat dalam mana-mana jabatan kerajaan, jika ada kaum ini, mereka akan membantu kaum mereka dan mendahulukan kaum mereka. Mereka seperti aur dengan tebing dan bukan seperti enau dalam belukar.
Manakala bagi kaum Kedayan pula sepanjang saya berurusan dengan kaum ini, jika ada kalangan mereka berjawatan tinggi, dan kita memohon pertolongan dan tunjuk ajar, mereka mengelak untuk membantu dan lebih suka menunjukkan keegoan mereka. Sebab itu kita tidak dapat melihat masyarakat ini dapat pergi jauh untuk 'major position' dalam kerajaan atau swasta. Memang ada tapi bilangan mereka kurang dari bilangan jari di tangan sebelah kanan!
Mungkin kaum Kedayan perlu belajar dan diajar tentang kepentingan bermasyarakat, oleh sebab itulah pada hari ini jarang kita lihat orang Kedayan khususnya dari Sipitang ada yang berjawatan tinggi gred 44 dan keatas di mana-mana jabatan kerajaan. Selagi sikap keegoan ini ada dalam diri mereka, mereka akan terus ketinggalan dan di tinggalkan. Cuba fikir!

Monday, December 28, 2009

'WHISTLE BLOWER' MENYENTAK MINDA

Posting 'whistle blower' saya beberapa minggu dan hari yang lalu mengenai politik Kedayan di P178 membuat beberapa individu tersentak. Saya pasti banyak pengunjung yang marah-marah kerana selama ini mereka dibelai, dimanja, disanjung , dipuja dan puji oleh orang berkepentingan menguasai politik.

Saya tidak memanjangkan kritikan saya kepada semua masyarakat Kedayan tetapi sebaliknya hanya saya khususkan kepada kawasan P178 Sipitang yang sepatutnya diwakili oleh kaum ini. Tulisan-tulisan saya mendapat reaksi pelbagai pihak yang kurang senang dengan teguran saya kepada masyarakat ini yang saya fikir sepatutnya mempunyai wakil yang lebih dalam badan perundangan negara dan negeri. Kalau kita lihat di daerah Kota Belud, Semporna malah di Tenom dan Keningau adakah suku lain mewakili mereka atau yang duduk dalam AJK bahagian UMNO mereka selain kaum mereka, maknanya mereka memilih untuk survival bangsa mereka dengan berhati-hati dan tepat.

Mengapa Kedayan yang majoriti di P 178 Sipitang ini harus diwakili oleh kaum lain? Jadi anda sebagai Kedayan yang 'konon' berpendidikan boleh menafsirkan sendiri. Dalam UMNO anda harus faham jika anda duduk 'diam-diam dan tutup mulut' anda akan dpat yang anda mahu. Jangan lupa, uMNO Sipitang punya saudara kembar di merata semenanjung. Siapa tidak kenal DS Khir Toyo, dari suku mana? Siapa tidak kenal dengan ketua-ketau bahagian dari Johor...majoriti dari suku mana? Mereka kuat dan mereka ada rakan di P178 Sipitang. Adakah anda boleh berfikir?

Kalau anda tidak mengkaji sedalam-dalamnya anda akan kelabu...!oleh itu saya membuat kesimpulan, tidak akan ada wakil Kedayan dalam masa akan datang sekiranya mereka dangkal dalam perkara ini.

fikirkan saudara!

KEMANA ANDA DENGAN EMOSI

Saya mengikuti catitan penziarah blog ini dengan penuh teliti, saya juga kurang pasti daripada catatan-catatan yang dibuat dan pasti mereka para penyokong UMNO di P178 Sipitang dan saya dapat memberi beberapa kesimpulan berikut.

1. Penziarah terbawa-bawa dengan emosi dan gagal menunjukkan sikap profesional.

2. Seolah-olah KB UMNO tidak boleh dicabar dan milik orang tertentu

3. Kaum Kedayan yang ada dalam UMNO (jika penziarah adalah penyokong parti itu) tidak berfikiran kritis dan terlalu dangkal kerana tidak dapat membezakan antara penyandang jawatan KB UMNO dengan orang yang dijangka mencabar KB, bahawa kedua-duanya ada persamaan. Iaitu BUKAN kaum Kedayan , jadi mana-mana pun menang , Kedayan gigit jari.

4. Sikap sedemikian memang diperlukan oleh parti kerana mereka akan terus jadi kuda, bangku, kasut atau apa saja yang sama makna dengan alat dan boleh diperalatkan.

5. Kaum Kedayan dalam UMNO di P178 Sipitang memang ketiadaan langsung pemimpin Kedayan yang dapat diketengahkan dan berwibawa untuk mengetuai cabaran, oleh itu memang tidak ada harapan kaum ini untuk mungkin sehingga selepas 2020 nanti.

6. Kedayan di P178 Sipitang mungkin ramai yang pandai tapi tidak bijak menganialisis kemungkinan yang berlaku dalam politik dan demi survival bangsa Kedayan. Malah mereka tidak sebijak kaum pendatang seperti Jawa Bugis malah yang akan datang bangsa Filipin?????

7. Ada pula yang mahu menyokong Tony Liau, jika dicalonkan, dimana jati diri, oleh itulah bleiau menang dalam pemilihan lalu kerana dapat membeli perwakilan.

Daripada tujuh 'point' yang diberikan mengapa tidak "cerdik pandai" Kedayan di P178 Sipitang berfikir. Daripada senarai AJK Bahagian, tolong kira dengan jari yang mempunyai ijazah bagi mungkin 'bakal' calon sebagai calon dalam PRU 13, "jika ada"? Kalau setakat kerbau pencen bagaimana hendak berjuang, kalau untuk dikuda dan dicucuk hidung mungkin lebih mudah. Begitu juga dari cabang pemuda, puteri dan putera, tidak ada Kedayan yang berprestasi tinggi, walaupun belum ada sejarah pemuda atau putera dicalonkan sebagai bakal YB. di Sipitang. Tolong fikir.

Saturday, December 26, 2009

JANGAN EMOSIONAL TETAPI RASIONAL

Kepada saudara pengunjung terutama sekali penziarah yang menulis dalam 'chat box' bah kumin tia, saya berharap anda tidak emosional sebaliknya rasional dan berlapang dada serta berfikiran terbuka. Oleh sebab itu lah kita memerlukan professional Kedayan duduk semeja berbincang dan memusahabah bangsa, mungkin Kedayan ini tidak ramai di Sabah, tetapi sumbangan mereka tetap ada. Saya tidak mahu komen Kedayan luar dari Sabah, kerana mereka mempunyai ruang lingkup dan persekitaran berbeda. Tetapi di Sabah kita memerlukan kesepaduan untuk mengangkat bangsa ini.

Jika kita bercakap mengenai budaya bangsa, mungkin kita perlu berganding bahu dengan 'paadian' kita dari Sarawak, Negara Brunei dan W.P Labuan. Tetapi bagi Kedayan di Sabah kita perlu survival bangsa dalam persekitaran politik masa kini. Kita sepatutnya berguru daripada suku kaum lain yan lebih mantap perpaduan mereka supaya 'demand' dn 'negotiation power' dapat diberi perhatian dengan sewajarnya.

Jika melalak seorang diri atau melaung sebagai orang kecil siapa akan mendengar laungan anda. Itu sebabnya kita mesti mengambil ikhtibar daripada saudara kita masyarakat Brunei mereka berusaha memajukan diri mereka melalui orang-orang yang ada kuasa dan kemantapan persatuan mereka.

Kita dari sejak dulu masih diawang-awangan.

CERITA " ITU MASALAH MONYET"

Ramai yang mengutuk saya kerana saya mencabar dan membuat provokasi kepada orang Kedayan dek kerana kaum ini tertinggal jauh di belakang daripada pelbagai segi, seperti ekonomi, pendidikan, peluang pekerjaan, politik, pentadbiran dan bermacam-macam lagi bidang.

Kalau kaum Lundayeh atau Lunbawang mereka mempunyai pusat kebudayaan di Sipitang mengapa Kedayan tidak ada. Jika di pekan Sipitang ada Lansaran apa yang Kedayan boleh tonjolkan? Jika kaum Lundayeh ada wawasan mana wawasan Kedayan?

Saya mencabar Kedayan ini supaya mereka insaf dan terus berusaha. Dr Mahathir pernah bertindak membuat provokasi terhadap orang Melayu supaya Melayu sedar dan bermuhasabah diri supaya mereka memikir bagaimana mahu memajukan diri. Pernah suatu ketika Dr Mahathir menerbit kan buku " Dilema Melayu " dan buku berkenaan diharamkan di negara ini sehingga beliau menjadi PM baru larangan berkenaan ditarik balik.

Saya juga teringat nasionalis awal Melayu yang berketurunan Arab Munsyi Abdullah yang merantau keceruk rantau di Tanah Melayu dan menulis keburukan orang melayu dan pembesarnya. Beliau dikutuk dan dicerca. Tetapi apa yang penting bagi saya adalah pandangan ikhlas dua tokoh berkenaan. Demikian juga saya terhadap kaum Kedayan.

Saya tidak menghina bangsa ini, saya menginsafi kelemahan mereka, kedudukan mereka. Saya terpanggil kerana mereka ini majoriti di Sipitang, apatah lagi jika disebut majoriti mereka sepatutnya hero dalam semua bidang yang baik dan positif.

Saya juga teringat cerita ular buaya dan monyet di sebuah pulau kecil, Di pulau kecil ini ada sebatang pokok dan diatas pokok ada seekor ular sawa yang menghuni pokok berkenaan, manakala di air pula ada seekor buaya yang menghuni air berkenaan.

Sang monyet serba tak kena, mahu naik keatas pokok akan dimakan ular, mahu lari dari pulau berkenaan, sang buaya akan menjadikannya hidangan.

Jadi jika anda sebagai seorang pemerhati kepada keadaan berkenaan, apakah tindakan atau jawapan anda. Sudah tentu anda akan berkata itu masalah si monyet.

Tapi dalam hal masyarakat Kedayan kita tidak boleh mengatakan itu masalah Kedayan, tapi mungkin ada sesetengah orang akan berkata demikian. Mudah-mudahan dalam masa terdekat kita boleh menganjurkan forum bagi membuka jalan menilai kemana Kedayan ini perlu dibawa.

Bak kata pemimin Israel " jika negara Israel ini hancur dengan kutukan demi kutukan dunia maka kita sudah tidak ada di muka bumi ini, jadi biarkan mereka dengan tindakan mereka dan kita dengan tindakan kita" ini adalah kata-kata positif yang ada baiknya untuk difikirkan. Begitu juga saya, anda kutuk lah saya, anda sumpah lah saya, tetapi tujuan saya untuk kebaikan Kedayan, yang mengutuk saya, akan dapat bahagian di akhirat, kerana mereka tidak ikhlas, tetapi saya sungguh ikhlas. Saya mahu maju dan memajukan bangsa saya. Sehinggakan dalam sesetengah ceramah saya kepada kanak-kanak sekolah di semenanjung tidak ada bayaran dikenakan ini kerana saya orang kecil , semua kerana Allah dan kerana bangsa saya, bayaran saya akan diterima di akhirat nanti, itu pasti.

Sekian

Friday, December 25, 2009

BAJET 2010 HAMPIR MUSNAHKAN BN

Sepanjang tahun 2009 banyak peristiwa yang menarik berlaku walaupun begitu bagi penganilisis politik domestik kejayaan wakil rakyat hampir-hampir menggagalkan undian bajet 2010 adalah petanda sikap, nilai dan kedangkalan tindakan mereka yang amat memalukan tetapi disanjung tinggi oleh pembangkang.

Kelebihan tiga undi semasa undian dibuat memberi gambaran 'law makers' BN seperti biasa ambil mudah semua perkara dengan alasan yang sangat artistik iaitu turun padang meninjau dan menemui penyokong di kawasan, satu alasanyang amat klasik. Tetapi lumrah manusia pembohongan itu akan terhambur juga akhirnya kerana biasa pada ahkir tahun ini para YB yang banyak wang akan bercuti ke luar negara malah ada yang pasang lagi satu atau buka cawangan baru. Dengan adanya cawangan baru peduli apa dengan dewan, lebih baik berseronok dan 'mencangkul' serta 'bercucuk tanam' di ladang baru kenikmatannya lebih.

PM diberitakan akan mengambil tindakan keatas YB ( Yang Bercuti, mungkin juga yang Berbini) ) BN yang gagal hadir semasa undian dibuat. Itu satu tindakan tidak perlu, yang perlu adalah 'wipe all them out' dalam PRU 13 nanti. Ketua' whip' BN juga jadi sasaran kritikan kerana gagal menjalankan tugas bagi memastikan kehadirn penuh wakil BN untuk undian bajet berkenaan.

Sebenarnya keadaan ini berlaku adalah atas beberapa sebab, antaranya wakil BN ini sesetengahnya adalah wakil rakyat yang telah lebih tiga penggal mewakili dewan (termasuk pernah jadi ADUN) sama ada menteri dan timbalan menteri, jadi ini memberi petunjuk bahawa mereka bekerja sambil lewa dan mereka hanya bekerja jika ada PM atau TPM dibelakang kedua ini mereka buat hal lain. Golongan ini mengikut Mc Gregor termasuk dalam kategori X dalam yakni yang perlu dimata-matai sentiasa, lebih kurang tidak jujur dalam bahasa yang lebih telus.

Kedua, mereka ini adalah orang-orang yang lebih mementingkan diri seperti bercuti keluar negara berseronok dengan 'ladang baru'. Jika hendak bercuti sekali pun dewan rakyat bukan bersidang sepanjang tahun, mengapa perlu hujung tahun di masa-masa kritikal pulak?

Ketiga mereka menunjukkan bahawa mereka adalah kalangan orang yang banyak wang, bayangkan bercuti keluar negara dengan satu kandang berapa kos yang perlu ditanggung dan wang yang akan dibelanjakan, rakyat dinasihati untuk berjimat, jadi mereka ini terlalu kaya, dan dari mana mereka dapat wang sebanyak itu? Tentu ada sumber yang pastinya bukan daripada elaun YB yang diterima tiap bulan kerana jika itu hanya setakat berapa duit sangat. Tetapi mengapa tidak ada siasatan dibuat.

Keempat, semua YB tidak menghormati ketua khususnya pengerusi BN iaitu PM. Sebelum bercuti tidak kah kelulusan perlu diperolehi daripada PM atau speaker dewan. Tahniah saya ucapkan kepada pembangkang yang begitu tekun menjalankan tugas meskipun yang lain lebih mementingkan diri. TAHNIAH mereka itulah YB yang sebenar.

KEDAYAN TIDAK PERNAH BELAJAR DARI KESILAPAN

Saya amat sedih melihat suku ini dipermainkan dalam setiap sudut, ruang dan suasana. Mereka hanya dijadikan alat untuk menjulang golongan tertentu. Apakah mereka ini hanya layak untuk dijadikan tempat berpijak supaya orang lain dapat berdiri lebih tinggi.

Kaum lain telah jauh maju meninggalkan Kedayan dalam perbagai bidang, Kedayan? Saya percaya ramai juga orang Kedayan yang menjadi guru atau paling tinggi sebagai guru besar. Tetapi setakat guru besar apa faedahnya, kalau tidak tahu perancangan strategik atau pengurusan strategik.

Dengan mengaplikasi kedua-duanya sekurang-kurangnya Kedayan dapat melihat apa yang perlu dibuat mengikut keutamaan. Tapi maaf lah kerana orang Kedayan yang menghumi bumi SABAH ini memang ramai yang " ba alif ba lam ". Apa tidaknya kepimpinan politik pun mereka tidak dapat mencari seorang pemimpin mengetuai di p178 dari kaum sendiri, jadi bukan itu menunjukkan mereka sedemikian? Tunjukkan siapa dia mengetuai politik yang 'original' kedayan? tidak ada...ketua bahagian UMNO? Naib Ketua Bahagian? Ketua Pemuda?ketua Wanita?Ketua Putera? Ketua Puteri?

Ada kononnya golongan ini berpendidikan tinggi, dan berjawatan tinggi ijazah dan diploma menjalar jika disenaraikan, tetapi hanya setakat daftar dan senarai ijazah dan diploma. Praktikalnya dan kegunaanya ilmu yang disenaraikan dalam kelulusan banyak tetapi tindakan dan pendekatan digunakan lebih kurang macam budak cuci kereta. Itu lah Kedayan.

Ada pula yang lulus dengan LLB, tapi setakat jadi 'runner lawyers' saja.Maknanya mengurus tuntutan kemalangan jalanraya, menyediakan dokumen sewa beli, kalau ini kerja lawyers Kedayan lebih baik jadi 'petty writers' saja bawa satu meja kecil, kerusi plastik dan payung besar, duduk bawah pokok. Jika mereka ini hebat, mana kes-kes yang terkenal mereka bela, tetapi yang terkenal masih lagi Ansari Abdullah atau Sugumar, Kedayan cam atu tia nganya, kalau dikira dengan jari mungkin tidak kurang dari pada jari di tangan kanan yang berjawatan gred 44 keatas dalam pelbagai jabatan sama ada negeri mahupun persekutuan, yang berasal dari Sipitang dan Beaufort, apa lagi yang memiliki sarjana dan jauh sekali doktor falsafah PhD.

Jadi kepada Kedayan, bangunlah, bangkitlah kita telah jauh ditingggalkan.

Thursday, December 24, 2009

WALAUPUN KERDIL ADA JUGA YANG BERMINAT

Setelah lama saya tidak menjenguk blog ini kerana beranggapan tidak membawa makna kerana tidak ada apa-apa faedah kepada masyarakat saya, tetapi mungkin saya sedikit silap apabila ada juga komen-komen daripada pendekar-pendekar (konon)Kedayan yang datang berkunjung dan menghamburkan komen. Tetapi malangnya komen hanya kepada bulan dan bintang yang tinggi diawan dan sukar untuk dicapai.

Bagi grass root yang setara dengan tapak kaki kita tidak akan dapat memahami jika kita bercerita tentang cakrawala, namun walau apapun terima kasih kerana sudi membuat komen.
Sekiranya anda ingin membuat komen keatas tulisan dan komen kerdil saya, 'click' pada 'comment' dibawah rencana berkenaan dan tulis lah walau apapun, saya terima dengan hati terbuka dan berlapang dada, demi anak bangsa saya yang bernama KEDAYAN@ KADAYAN,
TERIMA KASIH

MERRY X'MAS


To all my friends, bloggers who celebrates Christmas Merry Christmas.

KEPUTUSAN PMR 2009 SUDAH DIUMUMKAN

Sekali lagi debaran para pelajar khususnya yang menduduki peperiksaan PMR 2009 yang keputusannya dikeluarkan hari ini khamis 24.12.2009. Sekali lagi saya ingin melontarkan pertanyaan adakah tidak anak-anak Kedayan yang dapat 8A dalam peperiksaan berkenaan atau hanya setakat 8E dan berpuas hati dengan keputusan demikian.

Kalau dihitung Kedayan memang majoriti di daerah Sipitang dan sebahagian Beaufort i.e kawasan P178. Saya kurang pasti jumlah murid anak-anak Kedayan yang mengambil peperiksaan PMR dari kg Bukau hingga ke Sindumin, tetapi rasanya mereka yang bersekolah di SMK Weston, Pg Omar dan Pg Omar 11 serta di Padang Berampah agaknya paling ramai Kedayan.

Jika ramai kita mengharapkan mereka menjuarai keputusan cemerlang. Jika tidak siapa harus disandarkan kelemahan ini. Mungkin sebahagian ibubapa, guru dan murid. Ibubapa kerana mereka memang tidak mau peduli keputusan anak mereka di sekolah, pandai dan bodoh bukan urusan orang lain tapi urusan mereka anak beranak. Guru, kerana mereka banyak terlibat dengan aktiviti lain yang ada kaitan dengan politik dan jadi pengikut YB. Lantak lah apa jadi dengan anak Kedayan kata P Ramlee biar dia mampus. Murid memang tanggung jawab mereka tapi bagi mereka menjadi bodoh dan jadi 'ulun' adalah jalan terbaik kerana keturunan Kedayan memang tidak layak jadi apapun kecuali untuk bahan lawak, peminum minuman keras, penghisap dadah dan semua kerja yang negatif.

Jadi bila mereka harus bangkit daripada tidur lena dan mimpi indah ini? Orang lain telah jauh berjalan, Lihat saja keturunan Jawa mereka dan jadi YB, penolong kanan di sekolah menengah, di pejabat pelajaran daerah jadi pegawai, Kedayan ????Jangan harap lah kalau setakat jadi kuli di pejabat itu banyak, memang cukup banyak. Dipejabat pendidikan daerah, rasanya orang Kedayan tiak ada seorang pun yang bergred DG41, apalagi DG44 jauh sekali DG 48, 'palis-palis'. Sesiapa yang mementingkan suku kaumnya 'of course' akan membuat rekomendasi supaya kaumnya berlambak di daerah dia memerintah. Kedayan lari kemana , dihantar ke hujung dunia.

Kesian dengan Kedayan ini. Tapi biarkanlah mereka, itu pilihan Kedayan mau jadi kuli lantak lah. Selamat Tahun Baru Hijrah... Kedayan masih di situ.

Monday, December 7, 2009

KEJAYAAN BESAR KERAJAAN BN DI SABAH


Tahniah, apa lagi perkataan yang sesuai diberikan kepada sebuah kerajaan yang mendokong kepentingan rakyat " RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN". Ini adalah bukti semua usaha kerajaan mengkayakan para penyokong dan suku sakat seperti ketua-ketua bahagian parti, ajk danseterusnya ke cawangan. Apa yang kurang dalam struktur pemerintah kini, mereka ada ketua kampung, mereka ada JKKK ( Jalan Kaki Keliling Kampung), mereka ada WKAN, KAN, Ketua Cawangan parti, pemaju masyarakat, pemaju mukin, PKR, ADUN dan Ahli parlimen, termasuk pegawai kebajikan masyarakat. Kalau diukur daripada ( kakitangan) mereka semuanya ada bukan sekadar kakitangan, tetapi mata, telinga, otak (mungkin kurang berjalan sbb tak sekolah) semuanya ada. Tapi apa yang berlaku, kebajikan seorang warga emas saja tidak dapat dipeduli oleh mereka. Dari itu sokong lah terus BN di pilihanraya akan datang, pasti lagi banyak orang akan terus miskin, tetapi pendatang asing akan sentiasa dibela dan dibantu. Sokong lah mereka memiskin warga!