Monday, November 9, 2009

UMNO SIPITANG DAN HALA TUJU MAJORITI

Suku Kedayan merupakan penghuni majoriti di kawasan parlimen P. 178 Sipitang. Apabila kita bercakap mengenai soal majoriti, seharusnya majoriti dapat menentukan hala tuju bangsa demi kebaikan dan survival bangsa itu. Pihak yang majoriti juga sepatutnya dapat menonjolkan perkara-perkara positif, bukan sebaliknya. Walau bagaimanapun, apabila berlaku kepimpinan bukan daripada bangsa sendiri maka akan berlaku banyak kepincangan dalam komuniti, kerana kebiasaan dalam naluri manusia akan mendahulukan suku sendiri berbanding suku lain. Lantas itulah apa yang berlaku dengan suku Kedayan di P 178 Sipitang.

Saya berani berkata demikian dengan beberapa alasan, antaranya:-

1. Suku Kedayan adalah paling mundur dalam pendidikan jika didibandingkan dengan jumlah mereka yang ramai.
2. Masalah sosial yang berlaku di kalangan suku Kedayan juga membimbangkan terutama sekali yang melibatkan penggangguran, dadah, minum arak dan sebagainya.

Saya sempat melihat paparan blog Pemuda UMNO Sipitang dan salah satu perkara yang menjadi agenda adalah isu pendidikan. Walau bagaimanapun daripada apa yang saya lihat tidak ada perancangan strategik, pendekatan dan hala tuju yang jelas. Apa yang berlaku hanyalah satu kenyataan yang kosong dan retorik. Perkara ini tidak menghairankan kerana daripada barisan exco pemuda yang ada didapati tidak ada daripada kalangan ini berkelulusan dan berpengalaman dalam pendidikan apatah lagi mengenai analisis data, statistik, analisis jurang dan perancangan strategik. Dengan demikian ia tidak akan kemana sebaliknya sekadar 'statements'. Dengan hanya menjadikan sekolah S.K Pekan Sipitang sebagai anak angkat pergerakan berkenaan bukan cara yang betul dan tidak cukup sama sekali. Soalnya mengapa sekolah berkenaan dipilih? Cara ini lebih kepada serkap jarang dan hampir mencari populariti semata-mata, lebih tepat mengabui mata rakyat. Bukankah sekolah pedalaman dimana para murid yang tidak mendapat kemudahan secukupnya lebih berhak mendapat pembelaan. Ini , bagi saya adalah kecacatan pemuda UMNO Sipitang yang rabun mengenai pendidikan.

Dimana kebijaksanaan dan langkah berani pemuda? Adakah hanya sebab sekolah berkenaan adalah bekas sekolah awal kepada isteri tokoh tententu dalam politik negeri Sabah. Tepuk tanya selera.

Dalam pada itu, dimana nama-nama besar daripada suku Kedayan dalam UMNO Sipitang. Adakah mereka mengharapkan orang lain memperjuangkan nasib bangsa mereka? Ahli parlimen berjuang untuk semua orang, namun tidak dinafikan mendahulukan nasib bangsanya sendiri juga kelihatan.

Saya kira sudah sampai masa dan ketikanya pemimpin yang dipilih adalah daripada kalangan anak tempatan yang tulin dengan lebih tepat tinggal di kawasan parlimen atau DUN berkenaan, dan bukan tinggal di Kota Kinabalu yang hanya datang seminggu sekali bersama rakyat.

Kita mahukan perubahan bukan sahaja dari segi fizikal tetapi pembangunan yang menyeluruh termasuk mental, rohaniah, pendidikan dan sosial.

Mudah-mudahan kita dapat menikmatinya apabila pemimpin makan dengan rakyat, tidur dengan rakyat dan bersekutu dengan rakyat.

Democracy is by the people = Democracy is buy the people
For The people = Fool the people
Of The people = Off the people

Barangkali ini lah yang berlaku dalam UMNO........termasuk di Sipitang

2 comments:

  1. Bagi saya Yang membuang masa pengundi dan rakyat D Daerah Sipitang adalah semenjak berwakil rakyatkan Datuk Sapawi (3 penggal ADUN dan mungkin 2 penggal menjadi MP P.178 Sipitang).....Kenapa rakyat/pengundi D Kawasan Sipitang tidak menolak dia? Mungkin dia mempunyai Ilmu Jawa peninggalan Bapa angkat beliau laaa.......Cuba kita fikirkan...Tempoh dia mewakili rakyat d Sipitang sudah begitu lama.....Kalau YB2 sebalum ini tidak akan ada yg selama itu sekalipun mereka lebih bagus Kualiti kepimpinan mereka daripada Datuk Sapawi ini...Kenapa boleh jadi begini? Fikir2kanlah...!!!

    ReplyDelete
  2. Saya tidak sama sekali menyalahkan YB Datuk Sapawi, tapi penyokong parti yang tidak bersekolah tinggi hanya mau disuap sama ada dengan wang ringgit atau projek. Saya juga tidak mengganggap YB Sapawi sebagai suku Kedayan kerana tidak pernah beliau mengaku secara terbuka begitu, yang bodoh adalah suku sakat Kedayan yang mengkadayankan beliau.

    ReplyDelete