Saturday, November 28, 2009

KEPUTUSAN UPSR 2009

Sekali lagi keputusan UPSR menjadi tajuk beberapa akhbar utama di seluruh negara ada sesetangah berita melaporkan kejayaan anak pemandu lori, peniaga pasar malam, nelayan dan petani mendapat 5A. Namun apa pula pencapaian anak Kedayan? Dari Kampung Bukau hingga ke Kampung Lubang Buaya, berapa ramai kalangan mereka mendapat keputusan sedemikian? Tidak kah ini mendatangkan kegelisahan kepada para bijak pandai dan pemimpin Kedayan yang hanya sekelumit kesedaran mereka. Dalam sudut 'Bah Komin Tia' blog ini ada sesetengah "Kedayan" nampaknya tidak bersetuju dengan pendekatan yang saya gunakan dengan mencabar masyarakat Kedayan.

Mulai sekarang, cubalah anda berlapang dada membuka minda seluas-luasnya lihatlah di sekeliling kita, ke mana sebenarnya suku Kedayan ini? Orang lain telah jauh menapak, kita masih di situ. Masalahnya punca kuasa dan kuasa politik di tangan orang lain. Kedayan tetap jadi bangku, tempat orang duduk. Cuma berguna semasa pilihanraya, selepas itu, orang Kedayan hanya akan jadi alat dan terus jadi alat.

Kepada masyarakat Kedayan, orang Kedayan, dan sesiapa juga yang mengaku sebagai Kedayan, Insaflah, Sedarlah. Jangan tunggu sampai nasi sudah menjadi basi ( bangas) baru menyesal.

No comments:

Post a Comment