Sunday, November 8, 2009

KEDAYAN HANYA LAYAK JADI PENGIKUT

Bayangkan apa akan berlaku kepada masyarakat ini dalam survival politik di kawasan Parlimen P178 Sipitang yang meliputi dua kawasan DUN iaitu N27 Lumadan dan N28 Sindumin. Daripada barisan kepimpinan yang ada, tidak ada potensi muka daripada suku kaum Kedayan yang berkaliber bagi jawatan utama untuk masa ini.

Jika ini berlaku adalah dipercayai, diyakini dalam PRU akan datang tidak ada seorang pun wakil daripada masyarakat Kedayan dalam politik di P178. Gambaran ini dapat dilihat daripada senario seperti berikut:-

Parlimen P178 memang bukan dipegang oleh suku Kedayan kecuali semasa Dr Yusop Hj Yacob sebelum PRU 12. Dalam masa yang sama, sebelum PRU 12 DUN 27 adalah Surinam manakala N28 Sapawi yang kedua-duanya daripada etnik Jawa. Selepas PRU12, parlimen dipegang oleh Sapawi dari etnik Jawa manakala DUN 27 oleh Kamarlin dari etnik Bisaya. Hanya mengharapkan Ahmad Bujang jika beliau dapat dikekalkan mewakili Kedayan, tetapi situasi agak genting kerana anak harimau semakin membesar dan ditakuti apabila membesar akan membaham tuan.Orang Kedayan boleh bayangkan perumpamaan saya ini.

Ketua Pemuda UMNO adalah diketuai oleh anak Musa Aman dan tidak mustahil bapa mencalonkan anak dalam PRU akan datang khususnya DUN 28. Jika ini berlaku Kedayan gigit jari. Sekadar jadi pengikut dan dan dikotak-katikkan akhirnya Kedayan akan berputih mata. Puteri UMNO.......juga bukan daripada etnik Kedayan jika ditakdirkan cijadikan calon dalam DUN menggantikan Kamarlin, kerna tidak juga mustahil kerna puteri sudah semakin berkembang kerna baunya telah menyelinap ke pusat. Putera.....juga bukan daripada suku Kedayan kerna Japar Japaf adalah dari suku BUGIS walaupun mungkin boleh bercakap dalam loghat Kedayan. Dimana kita boleh banggakan kawasan Sipitang Kedayan sebagai majoriti?

Yang paling beruntung adalah etnik Bisaya kerana mereka tidak akan kerugian sebab mempunyai TIGA wakil sebagai Janang Gayuh sama ada di parlimen atau di DUN, iaitu Azizah, Lajim dan Kamarlin malah di Parlimen Beaufort barisan kepimpinan dari atas kebawah semuanya indah tersusun daripada suku sakat Janang Gayuh berbanding Sipitang yang kelamkabut (puhar) . Kedayan?

Oleh itu kita sekali lagi melihat Kedayan akan dinafikan kedudukan mereka. Kedayan tidak mempunyai tempat dalam pentadbiran negeri, jauh sekali di peringkat persekutuan. Maka kembalilah kaum ku ini menjadi PAK TURUT dan ORANG SURUHAN. Benarkah seperti dalam teori bahawa asal HAMBA akan sentiasa jadi HAMBA.

Para pendekar, dukun pawang dan apa saja panggilan yang dikira boleh berfikir demi kebaikan KEDAYAN sedarlah,.... kerana main (pantak) tiup-tiup sudah tidak berkesan. Sekarang orang bercakap mengenai keilmuan dan politik kelas atasan, gap analisis, perancangan strategik dan menggunakan analisis yang empirikal. Cuba Fikir....adakah kita hanya bangga dengan main gasing? buah durian, langsat dan sebagainya, selama ini Kedayan telah digula-gula manakala pantat dicucuk duri?

2 comments:

  1. Mun Datuk Sapawi tu bana2 100% dari etnik Jawa saya lah mencanang kehulu kehilir menumbangkannya berabis-rabis...Sebenarnya Datuk Sapawi tu adalah d angkat oleh seorang yg kebetulan berbangsa Jawa...(Hj.Ahmad Tiling inda punya anak bah......) Tetapi sekalipun Datuk Sapawi tu 100% Kedayan tidak ada juga yg dpat d banggakan oleh beliau...Semenjak dia menjadi ADUN d Sindumin 3 Penggal itu, Apa juga yg dia boleh banggakan? Sekarang beliau sudah menjadi MP lagi...Apa lagi yg boleh d dembakannya? Bagus lagi China yg menjadi MP P.178 Sipitang itu...Saya mencadangkan Saudara Anthony Liaw menjadi Calon MP pada PRU Ke-13 nanti menggantikan Datuk Sapawi, Mungkin lebih bagus......

    ReplyDelete
  2. D samping itu juga baru kamu tahukah yg semuanya adalah sudah d rencang?..........Umno dan BN ni memang tidak kira fahaman penulis yg begitu cetek ini....Kan PM dan TPM itu keturunan Bugis juga....Lihat sahaja IC @ Mykad Malaysia d keluarkan kepada Warganegara Philipine,Indonesia,india dan pakistan....Fenomena ini ada fenomena yg lebih MENJEHANAMkan Negara malaysia dan negeri Sabah...Kerana Penganugerahan mykad malaysia ini Penduduk Semenanjung dan Sarawak tidak tahu Mykad Malaysia itu d berikan dan d keluarkan pemberiannya kepada Warga PTI kebanyakan dari 4 Negara yg saya sebutkan d atas ini.....Fikir2kan lah.....Ini bela yg amat2 besar brother......!!!

    ReplyDelete