Friday, November 13, 2009

JIWA BESAR VS JIWA KECIL

Mungkin ramai yang telah marah kesan daripada tulisan saya yang mengaitkan suku Kedayan dengan hamba. Tetapi itu adalah yang tertera dalam Kamus Dewan edisi ketiga. Sepatutnya ada pembetulan dibuat oleh kalangan akademisian kedayan, pertubuhan atau persatuan masyarakat ini. Ini adalah kerana dalam Hikayat Hang Tuah, tidak ada sebutan hamba sebaliknya menyebut raja berangkat dengan kedayan-kedayannya. Ini bermaksud pembantu, pengiring atau pemgikut raja berkenaan. Ada juga disebut bahawa orang kedayan itu rajin bercucuk taman dan bertani.

Jadi apa yang difahami, jika masyarakat Kedayan yang mengikuti raja rajin bercucuk tanam , mereka bukan hamba sebaliknya adalah pengikut atau rakyat kepada raja yang berangkat ke negara Brunei. Itu adalah kefahaman yang dapat kita simpulkan.

Barangkali ini adalah antara beberapa sebab mengapa sesetengah suku ini segan untuk mengaku mereka suku Kedayan, apatah lagi jika mereka telah menjadi pegwai tinggi atau pemimpin. Ditambah pula jika mereka diasuh dan dibesarkandan dibudayakan oleh suku lain. Mereka lebih bangga mengaku sebagai dari suku yang membesarkan mereka.

Jika perkara ini berlaku adalah malang kepada kaum ini kerana bukan sahaja mereka akan menjadi rendah diri tetapi menjadi stigma sepanjang hayat. Adalah lebih baik sekiranya ada tindaka pembetulan fakta dibuat oleh kaum ini bagi membetulkan keadaan. Perkara ini perlu kerana sepanjang sejarah moden terutama sekali setelah kedatangan British tidak ada penghambaan berlaku di nusantara apatah lagi di negara Brunei yang mengamalkan agama islam.

Oleh itu adalah perlu masyarakat Kedayan berjiwa besar dan membangunkan masyarakat sesuai dengan keadaan semasa.

Soalan saya .sampai bila kita harus menunggu?

No comments:

Post a Comment