Thursday, November 12, 2009

ENCALYPTO KEDAYAN

Agak pelik bunyi tajuk diatas. Semasa saya menghadiri satu mesyuarat besar tiga penjuru organisasi saya di W.P Labuan beberapa bulan lalu, saya menginap di hotel Dorcet salah sebuah hotel terkemuka di pulau berkenaan. Saya membawa bersama anak dan isteri saya serta seorang anak buah menginap di hotel berkenaan. Tujuan saya membawa mereka adalah bagi memberi peluang kepada mereka untuk membuka mata dan minda selain makan angin walaupun ditempat sendiri.

Saya tidak mahu bercerita mengenai pengalaman bermesyuarat atau pengalaman makan angin, tetapi apa yang saya hendak paparkan adalah tajuk sebuah filem yang dimainkan dalam HBO semasa di hotel berkenaan.

ENCALYPTO kalau tak silap saya tajuk filem berkenaan. Filem ini mengisahkan masyarakat pribumi (Indian) di Amerika Latin yang berpecah bergaduh dan berbunuhan sesama sendiri yang akhirnya dengan mudah ditakluk oleh kuasa luar khususnya Spain, bermula dari saat pergaduhan sesama sendiri, ada pula puak di kalangan Indian tadi menangkap dan menjual masyarakatnya untuk dijadikan hamba, termasuk wanita dan kanak-kanak.

Cerita atau kisah dalam filem ini sesungguhnya mengajar dan memberi keinsafan kepada saya bagaimana masyarakat saya diperlakukan. Jika kita terus menerus bercakaran, masyarakat kita akan terhakis di kampung halaman sendiri. Kita lihat di Sipitang ini telah tertulis macam-macam mengenai bangsa tertentu di kenderaan mewah antaranya "LEGEND OF BU***" Itu adalah salah satu daripada petanda Kedayan semakin mengecil. Bidang perusahaan, pertanian, pedidikan jauh sekali perniagaan dan perkilangan memang bukan milik kita.....Jadi kemana kita??????? Kemana masyarakat Kedayan? Dalam bidang pekerjaan? Orang Kedayan tidak ramai yang menjadi ketua jabatan, maksud saya yang boleh membuat keputusan atau decision maker.. kalau setakat kerani ..mungkin ramai, tapi bagaimana hendak membantu bangsa sendiri jika diri sendiri juga minta dibantu? Sila lah beri jawapan!

No comments:

Post a Comment