Monday, November 9, 2009

Hentikan pembohongan melalui penulisan blog - KP Penyiaran

09/11/2009 4:07pm (UM)

KUALA LUMPUR 9 Nov. — Penulis-penulis blog dinasihati supaya menghentikan pembohongan dalam penulisan mereka, terutama berkaitan isu sosial dan politik kerana ia boleh mencetuskan kontroversi dan reputasi buruk terhadap kerajaan.

Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahya berkata, sebaliknya mereka perlu memainkan peranan sebagai perantara dalam mengetengahkan sesuatu isu kepada masyarakat.

Beliau yang juga seorang penulis blog berkata, ada antara blogger yang menulis perkara-perkara mengarut yang jelas lari daripada fakta sebenar di samping menggembar-gemburkan isu yang tidak benar.

"Memang sukar untuk menjelaskan sejauh mana kebenaran penulisan blog kerana penulisnya sentiasa berselindung di sebalik nama pena,” katanya dalam sesi dialog bertajuk “Blog: Satu Pembohongan atau Realiti” di sini hari ini.

Katanya, walaupun penulis blog mempunyai kebebasan menulis, namun hasil yang positif daripada penulisan mereka adalah perkara utama yang perlu diambil kira selain sensitiviti pelbagai kaum. - Bernama

Komen Saya

Bagaimana pula pembohongan yang berlaku oleh orang politik?


No comments:

Post a Comment