Tuesday, September 22, 2009

Dapatkah BN Kemukakan Calon Yang Bersih Ala Malaikat Di Bagan Pinang

Satu lagi pilihan raya kecil diadakan pasca PRU 12. Kali ini fokus akan berpindah ke Negeri Sembilan. Mantan PM Dr M berkata BN patut ketengahkan calon yang bersih daripada rasuah politik. Lihat laporan Bernama dalam Utusan Malaysia

Calon bersih politik wang penting untuk Bagan Pinang

22/09/2009 2:26pm

SEREMBAN 22 Sept. — Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, UMNO harus pilih calon yang bersih daripada gejala politik wang dan rasuah untuk pilihan raya kecil Bagan Pinang.

Beliau yakin UMNO boleh mendapat majoriti kuat pada pilihan raya kecil itu kerana kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut merupakan kubu kuat parti berkenaan.

Faktor calon yang bersih daripada gejala politik wang dan rasuah menjadi sangat penting di Bagan Pinang malah pada pilihan raya umum akan datang, katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis hari raya Aidilfitri di kediaman Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan di Rantau hari ini.

“Bagi saya, bukan sekadar tempat ini sahaja. Soal seluruh Malaysia, orang nak tahu samada kita serius atau pun tidak untuk membasmi gejala politik wang, rasuah dan sebagainya,” tambahnya.

Jika UMNO mengetengahkan calon yang tidak bersih, beliau berkata, parti itu mungkin menang di Bagan Pinang tetapi akan kalah di tempat lain.-Bernama

Masalahnya adakah seorang calon daripada BN yang bersih sedemikian ketika mana peringkat akar umbi pun sudah jadi peminta rasuah politik. Adakah calon yang diketengahkan nanti bersifat malaikat atau hanya sekadar guruh dilangit. Sama-sama kita tunggu dan lihat dan selepas itu keputusan bijak rakyat dalam menentukan undi mereka.

No comments:

Post a Comment