Friday, July 17, 2009

PRK MANIK URAI TERURAI

Tahniah kepada calon PAS yang telah menang di Manik Urai. Kekebalan PAS masih utuh sebagaimana saya jangkakan meski UMNO BN telah menyerang Manik Urai dengan bala tentera yang cukup ramai. Kesetiaan penyokong PAS telah sekali lagi mengecewakan UMNO di Kelantan amnya dan UMNO pusat khasnya.

Tapi kekalahan 65 undi menjadikan UMNO galak kononnya parti itu telah kembali diterima oleh rakyat berbanding PRU 12 lalu. Perlu diketahui bahawa UMNO BN telah mengerahkan seluruh tenaga, kudrat dan keupayaan sayap politik dan kewangan semaksimanya, sebab itu membolehkan mereka mengurangkan majoriti ke tahap kurang 100.

Analogi saya senang. Jika kita berperang dengan musuh yang memiliki segala senjata terbaik, dan lawan setakat hanya tangan kosong disamping gigi dan lidah, maknanya kemenangan PAS layak di beri pujian kerana berjaya mengekalkan kemenangan. Tahniah PAS.

2 comments:

  1. wakaka..lawak lawak,..heheh...apa pun tahniah kepada Melayu kerana menang,..apo nak dikato,..heheh..(,")

    ReplyDelete
  2. Ini adalah pengajaran, jangan terlalu sombong dan bongkak semasa berkuasa lalu lihatlah kelemahan diri bukan kekuatan diri.

    ReplyDelete