Sunday, December 21, 2008

Orang Kampung Mudah Lupa

Pada Pilihan Raya Umum ke 12 lalu, para pengundi di N27 Lumadan khususnya di Kampung Lingkungan Laut, telah menyatakan tuntutan mereka secara bertulis dengan menggunakan papan tanda yang menuntut beberapa keperluan umum yang perlu dipenuhi oleh wakil mereka kelak. Antara tuntutan mereka adalah pengaspalan/penurapan jalan Kg Lingkungan Laut sepanjang 2, km, pembinaan jambatan di Kg Lingkungan yang memisahkan antara kg Lingkungan dengan Pekan Weston, dan beberapa lagi tuntutan yang dikira sebagai munasabah. Para pengundi di kampung berkenaan juga telah menyatakan dengan jelas bahawa mereka berkuasa menjatuhkan mana-mana pemimpin yang dipilih kelak.

Kini telah lebih 9 bulan BN khususnya UMNO memimpin di kawasan berkenaan dengan kemenangan kepada Y.B Kamarlin Ombi ( menggantikan Datuk Surinam Sadikun) masih tidak ada ura-ura atau tanda-tanda tuntutan orang kampung dipenuhi. Umumnya saya rasa Y.B yang dipilih sama ada ADUN atau Parlimen P. 178 telah selesa dengan kemenangan mereka di[ilih sebagai wakil rakyat. Dalam masa yang sama, orang kampung juga sudah lupa dengan tuntutan mereka ( Ugutan mereka ) sebelum pilihanraya umum lalu.

Y.B Kamarlin Ombi selain dipilih sebagai wakil rakyat N27 kini menduduki jawatan sebagai Timbalan UMNO Bahagian Sipitang. Tambah selesa Datuk Sapawi Hj Ahmad berjaya mengekalkan jawatan tanpa dicabar sebagai Ketua Bahagian UMNO Sipitang.

Tahniah kepada mereka berdua. Tetapi simpati dan kasihan dengan penduduk kampung berkenaan yang terus tertipu dengan keadaan yang tidak mempunyai saluran untuk menyuarakan masalah mereka.

Apakah para pemimpin masih ingat tuntutan rakyat atau rakyat telah lupa tuntutan mereka?

No comments:

Post a Comment