Monday, December 22, 2008

Kemana Suku Kedayan Dalam Politik Nasional

Sabah adalah sebuah negeri yang mempunyai etnik pelbagai sebagaimana Sarawak. Berbeza dengan negeri-negeri di semenanjung, Sabah lebih 'segmented dan fragmented' dari segi etnik, budaya, bahasa malah agama.

Etnik Kedayan adalah merupakan etnik yang menduduki negeri ini dan terdapat bertaburan di Teluk Brunei iaitu dari daerah Sipitang, Beaufort, Kuala Penyu dan sedikit di Papar. Dalam arena politik negeri, ternyata etnik ini agak terpinggir berbanding dengan etnik lain. Dalam pilihanraya lalu dua kawasan pilihanraya iaitu N28 Sindumin dan N27 Lumadan yang merangkumi kaasan Parlimen P178 Sipitang, hanya diwakili oleh seorang wakil rakyat dari etnik Kedayan iaitu Y.B Hj Ahmad Bujang, setelah Datuk Dr Yusof Hj Yacob tidak terpilih dalam pilihanraya lalu.

Jika dipandang daripada sudut agihan seharusnya parlimen P178 Sipitang seharusnya dipegang oleh seorang daripada etnik Kedayan memandangkan kepada etnik ini adalah mewakili tenik teramai di kawasan parlimen berkenaan. Begitu juga dengan N27 Lumadan seharuanya diberikan kepada etnik Kedayan.

Dengan hanya seorang wakil daripada etnik ini dalam kerajaan, adalah dikhuatiri etnik ini akan terus tertinggal dibelakang dalam arus pembangunan negara, disebabkan oleh kurangnya perhatian daripada pelbagai pihak terhadap etnik ini.

Masalah sosial di kalangan etnik Kedayan seperti penagihan dadah, minuman keras dan ketirisan dalam pendidikan tidak pernah mendapat perhatian serius oleh pelbagai pihak terutama sekali daripada para pemimpin yang mewakili mereka.

Jika dilihat daripada keputusan UPSR, PMR malah SPM dan STPM di semua di semua daerah keputusan adalah amat menyedihkan. Keputusan UPSR kalangan anak-anak etnik Kedayan yang mendapat 4A boleh dikira dengan jari, begitu juga dengan PMR dan SPM. Kemana hala tuju mereka selepas ini.

Keadaan ini berlaku adalah disebabkan kurangnya kesedaran yang terbit daripada kalangan etnik ini dan peranan yang kurang dimainkan para pemimpin yang memimpin mereka.

Sekiranya keadaan ini berterusan, dalam tempoh 20 tahun dari sekarang, masyarakat Kedayan akan terus menjadi HAMBA ditanah air sendiri.

Fikirkan lah.

No comments:

Post a Comment