Wednesday, April 22, 2009

MENELITI KEBURUKAN UMNO KINI

Jangan salah anggap. Saya tidak memusuhi UMNO, namun tidak juga terlibat dengan UMNO untuk menyukainya seratus peratus. Mengapa rakyat mula berubah angin kepada parti serpihan berbanding sebelum tahun 1990an.

Berikut adalah alasan-alasan yang perlu kita fikir dan bermuhasabah.

1. Pemimpin UMNO rakus berkuasa daripada peringkat cawangan hingga kepada bahagian dan pusat.

2. Lihat kekayaan para pemimpin mereka dari peringkat cawangan hingga ke pusat.

3. Meminta layanan dan sanjungan berlebihan daripaa rakyat, jika berbakti tidak ikhlas contohnya jika melawat orang sakit mesti bawa juru kamera, jika beri bantuan mesti masuk akhbar, sedangkan bantuan itu bukan wang YB tetapi wang rakyat-Lu fikir lah sendiri

4. Anak beranak, ipar duai, anak menantu, besan semua memegang jawatan dan membolot peluang. Rakyat menderita kering gigi. Lihat semua ini dimana yang tidak ada berlaku. Institusi politik dijadikan jawatan keturunan, macam sistem beraja mutlak. Rakyat bosan melihat ini.

5. Semua peluang ekonomi dibolot mengikut jawatan antara kawan, rakan, anak, menantu san sebagainya.

6. Ada sesetengahnya, bapa menteri, atau ketua menteri menantu juga ada jawatan timbalan menteri, dan tak cukup dengan itu anak telah siap mengambil alih jawatan sebagai ketua pemuda, rakyat nak cakap apa.. lu pikir lah sendiri

Rakyat tengah memerhati tegah tunggu nak rebahkan pemerintah jenis ini.

2 comments:

  1. 6. Ada sesetengahnya, bapa menteri, atau ketua menteri menantu juga ada jawatan timbalan menteri, dan tak cukup dengan itu anak telah siap mengambil alih jawatan sebagai ketua pemuda, rakyat nak cakap apa.. lu pikir lah sendiri

    Salam, bila kita jelaskan frasa ani...siapa orangnya? dari mana? apa bangsanya? hahaha

    ReplyDelete
  2. Tangahnya...blog ini sudah dilink!

    ReplyDelete