Saturday, February 21, 2009

Sudah agak lama juga saya tidak menulis dalam blog saya ini. Rasanya menjangkau tiga minggu. Sebenarnya saya membiarkan suasana berlalu sambil memerhatikan situasi politik kepartian yang sedang hangat masa kini. Namun dalam masa tiga minggu ini terlalu banyak perkara berlaku yang melibatkan politik, orang politik dan kesan politik.

Suasana politik dalaman UMNO kini semakin panas, sama ada ada calon bertanding untuk mengisi kekosongan atau mencuba nasib bagi jawatan baru ( naik status dalam parti) maka ramai mengambil tindakan sama ada dengan cara mengambil kesempatan untuk meraik simpati atau demi kepentingan bangsa, hanya individu yang terlibat tahu.

Situasi di Perak menyamai dituasi di Sabah dibawah PBS suatu ketika dahulu, bezanya di Perak kerajaan telah dibentuk hampir setahun manakala di Sabah beberapa bulan sahaja. Apapun itulah politik. Menurut ahli sains politik, politik adalah berkaitan dengan mencari kuasa atau "POWER CRAZY".

Jika dilihat daripada situasi politik hari ini, mungkin benar apa yang disebut diatas. Lihat saja di Perak. Secara tiba-tiba BN menubuhkan kerajaan. Speaker pula halang MB dan exconya daripada turut bersidang di dewan undangan negeri. MB dari PR pula enggan mengalah malah masih menjalankan tugas di kediaman rasmi menteri besar.Di Kedah adun PKR meletak jawatan kerana masalah moral, di Selangor MB digesa letak jawatan kerana disyaki menyalah guna kuasa. Adun Bukit lanjan Eliz Wong pula terpaksa meletakkan jawatan sebagai exco dan adun kerana diasak dengan keras oleh isu moral. Semua ini adalah berpaksi kepada satu iaitu mahukan kuasa oleh satu pihak dan biasanya pihak yang telah lama berkuasa tiba-tiba kehilangan kuasa berkenaan, akan berusaha dengan apa cara sekalipun untuk menafikan pihak lain termasuk soal-soal yang tidak beretika - etika politik.

Ada pihak sanggup melakukan sesuatu dengan bermodalkan mempertahankan kuasa raja-raja Melayu. Berarak dan melakukannya tanpa permit polis? Tapi beruntungnya tidak ada dakwaan dibuat, tetapi jika pihak lain melakukannya itu akan menjadi lain pula ceritanya.

Apapun itu adalah senario orang politik yang mahukan kuasa untuk memerintah. Jika di Amerika orang kalah dalam politik duduk diam, buat kerja lain termasuk jadi tukang sapu? Tapi di negara ini kalah nak lawan lagi sampai rakyat jadi keliru. Gajah berjuang semut mati dipijak. Tak ada perasaan lain ker ...nak cari jalan bagaimana memajukan negara dan mengatasi masalah pengganguran dan kemelesetan ekonomi.

Kepada orang politik mereka hanya tahu bercakap biarpun kadang-kadang rakyat melah meluat dengan tindak tanduk mereka yang macam orang kurang siuman. Lihat saja gelagat mereka semasa membahaskan sesuatu isu di dewan rakyat...

Rakyat merupakan kuasa pemutus..jangan pilih orang politik semacam ini.

2 comments:

  1. Kata2 dan susunan yang bana2 terungkap akan kata2 yang bernas, Memang tulisan saudara ku benar2 nyaman di baca, Susunan kata yg tasusun dan bisai dibaca. Ingin jua ku ngomen dikit tentang Masaalah Politik Wang Melayu ani. Apa yg dikatakan oleh Tun Mahatir tu ada jua banaanya "MELAYU MUDAH LUPA". COntohnya di Negeri Sabah di bawah bayu ni terlalu banyak FENOMENA yang inda Wajar dibuat oleh Pemimpin Politik Negara ani. Terutamanya Pemberian MAY KAD M'SIA kepada Warga Indonesia,Philippines dan Pakistan ni. Ini lebih baik daie Bakalahi Politik ni daiee mbaiee MERTABAT dan MARUAH kita selaku Rakyat Negara dan Negeri dibawah Bayu ani...Apa kah Tindakan dan Usaha Umat kita yang Arif membuat Blog? Apa Cara kita Menghalang PENGELUARAN MAY KAD ini? Apakah KESANnya di satu hari nanti? Tetapi Pemimpin Kita Kerajaan/Pembangkang asyik saja BERCEKARAN dan BERENTAM demi Menegakkan Benang mereka saja...Saya nda brapa paduli soal masaalah Parti ani. Kerana pada satu hari ia akan pandai REDA jua mun sudah Masing2 Parti Menang dan kalah Besar. Tetapi Kemuskilan "FENOMENA" Pemberian "MAY KAD MALAYSIA" ni bukanlah satu PERMAINAN.Ini akan lebih SAKIT dari Penyakit yang MERBAHAYA dari segala gala Penyakit didalam Dunia ini.Sama juga kita Memberikan "PADI" didalam "DO'ONG" @ Rumah Padi tempat nyimpan Padi selepas mengatam padi.Harap2 Blog "MINDA KEDAYAN" ni Positiflah menerima akan Pendangan dan Komen saya ni....Harap2 pada 1 hari nanti Blog ini akan Jadi "PENGHALANG" pengeluaraan "MAY KAD M'SIA TULIN" kepada JPN dan Kerajaan Malaysia.....

    ReplyDelete
  2. MEMPERKOSA sesebuah Kerajaan yang menang oleh Kuasa Rakyat itu tidaklah Molek dan Cantik lagi Pula Rakyat yang memberikan MANDAT itu lebih Mejoritinya makanya boleh memenangi sesebuah kerajaan tu. Tetapi Main BELI ADUN ni memang Fenomena Pemimpin kita orang2 Melayu... ada Pepatah berkata "TERHENTUK BARU TERNGADAH" kesakitan. Oleh yang sedemikian Pemberian May Kad yang berlaku pada hari ini adalah satu2nya Fenomena yang TERBURUK dan akan Memakan Tuan Tanah pada Zaman akan datang....Contohnya China dan India...Apakah ini bukan 1 Fenomena pada masa ini???

    ReplyDelete